Wednesday, August 11, 2010

dasar pandang ke belakang

kita ini sering di pengaruhi dengan dasar-dasar yang entah apa apa, katanya untuk kemajuan yang tak maju-maju pon tetapi makin menjahanam dan merosakkan otak, minda, pemikiran dan akhlak. makin jadi hamba pada duit dan jadi macam orang kapir, jadi pak turut, jadi pada hamba kerja, hari-hari makan rasuah, makan hak orang lain tanpa rasa bersalah, makan riba', menjalankan sistem piramid....... dan siapa nak jadi jutawan ikut macam saya, macamlah jutawan boleh beli syurga!
ini semua kerana orang islam tidak yakin dengan dasar mereka sendiri, bodoh sangat orang islam ni... nak ikut dasar orang kafir sedangkan mereka memang sudah ada dasar yang hebat dan benar, iaitu dasar pandang ke belakang ( zaman terbaik iaitu zaman nabi s.a.w dan sahabat r.a ). siapa pemimpin islam yang memerintah 2/3 dunia? semua itu pada zaman sahabat r.a, yang mana dakwah menjadi maksud hidup mereka bukan macam kita maksud hidup kita kerja dan kerja dan kerja untuk dunia... zaman sekarang orang islam dapat memerintah tanah seluas malaysia pon dah kecoh kambing jadinya.....  tak ke bodoh kita ini? di manakah zaman yang orang-orang rom jadi amah dan hamba-hamba di rumah orang islam? sekarang terbalik amah-amah islam kena potong daging babi di rumah orang kafir....
semua kelemahan umat islam hari ini berpunca dari kebodohan umat islam sendiri. dengan bodoh menolak sunnah nabi s.a.w dan tidak yakin akan adanya kejayaan jika mengamalkan sunnah... lepas tu ada lagi bodoh macam dah jadi kafir lagaknya dengan berkata kalau kita nak maju dan berjaya kita mesti ikut cara dan budaya mereka dan dasar-dasar mereka ( orang kafir ).  gua yakin sampai kiamat pon lu tak akan dapat apa pon...

Friday, August 6, 2010

kisah goreng pisang

seorang makcik tua sedang sibuk melayan pelanggan di warung goreng pisangnya, sambil menggoreng beliau berbual-bual dengan pelanggan-pelanggannya. tiba-tiba datang seorang pelanggan datang kepada ibu tersebut dan berkata " makcik kat simpang tu ade kemalangan la, teruk juga budak yang kena langgar tu... tak boleh bangon."  sambil melayan pelanggan dan menggoreng pisang makcik tu menjawab " ye ke?  anak sape la tu.... biarkan anak-anak main tengah jalan, teruk ke budak tu......?" beliau tidak mengendahkan sangat akan kemalangan itu, beliau berfikir perniagaan goreng pisang itu lebih bernilai dari menyelamatkan budak itu. dan  seorang kenalan makcik itu datang tergesa-gesa dan berkata " makcik! anak makcik kemalangan kat simpang tu!, teruk! parah tu makcik!"      makcik tu menjawab " ya Allah, anakku... macamana dia sekarang?" sambil tergesa-gesa mematikan api dapur goreng pisang dan ingin segera ke tempat kejadian untuk menyelamatkan anaknya.... seorang palanggan bertanya " macamana dengan goreng pisang ini makcik?    siapa yang nak goreng ni, kami nak beli ni.... tak takut rugi ke?"  makcik itu menjawab " itu anak aku!  kau tau tak!  anak aku tu!!!!!   biarlah goreng pisang ni, anak aku tu lebih bernilai dari pisang goreng ini......." sambil berlari makcik itu meninggalkan warung goreng pisangnya untuk pergi menyelamatkan anaknya............... tamat....

tamsil :  anak pada cerita di atas ialah agama kita(islam), makcik itu pula ialah kita(umat islam) dan perniagaan goreng pisang itu ialah dunia( dunia yang selalu melalaikan kita).
beginilah keadaan kita sekarang, agama kita telah parah sekarang ini, siapakah yang ingin menyelamatkannya kalau bukan kita ( umat islam )?

Thursday, August 5, 2010

ikhram muslimin

kasih sayang sesama muslim, sifat yang semakin hilang dalam diri orang-orang islam tidak kira apa pangkat atau jawatan hatta ustaz dan imam sekalipon. lama aku perhatikan sifat ini di kalangan orang-orang islam, contoh paling dekat di halaqah aku sendiri....
jemaah luar negara selalu singgah di tempat kami, tapi sambutan dari kalangan umat islam amat menyedihkan. pengerusi, imam, ustaz, ajk-ajk dan makmum(sebahagian besar) memandang hina pada jemaah-jemaah ini. walaupun yang datang itu sebenarnya ustaz-ustaz dan para hafiz. sepatutnya mereka mempunyai sifat memuliakan tetamu, bertanya khabar dan tanyakanlah perkembangan islam di negara-negara mereka. nusrahlah mereka, tunjukkan akhlak yang baik pada kami ini..
dan bila orang politik yang datang di tempat kami dengan membawa dunia, mereka menyambut dengan meriahnya, paluan kompang...acara membodek pon ada.. huhu, bawa anak isteri, untung-untung dapat sikit habuan nanti...
aku dah terbayang kedatangan dajjal je sekarang ini, yang mana dajjal akan datang membawa dunia dan berpusu-pusu mereka mengikutinya.. yand datang membawa agama mereka pinggirkan.
memang patut umat islam ini Allah s.w.t hina jika kita berterusan bersifat begini, memang layak kita di malukan. kesalahan amat besar dalam diri umat sendiri.....marilah kita bemusahabah diri sendiri, renung dan lihat diri kita, perbaikilah amalan dari hari ke hari.