Monday, October 4, 2010

makan dan makanan


Salah seorang professor di bandung mengkritik tentang pola kehidupan orang-orang di jakarta. Dia katakan bahawa di jakarta ini masyarakatnya berlapis-lapis, bertingkat-tingkat. Tetapi pada umumnya semua hanya memikirkan untuk makan saja di semua lapisan. Lapisan lapisan itu adalah :

1. Lapisan Bawah ( Penghasilan kurang : kuli, tukang becak, pegemis ) : “Besok saya boleh makan atau tidak ?” saat itu dapat makan, saat itu dihabiskan makanannya, tergantung penghasilannya hari itu.

2. Lapisan Menengah ( Penghasilan cukup ) : “Besok makan apa kita ?” mungkin kerana sudah bosan tidak mau memakan makanan yang sama, harus beza tiap harinya. Hari ini makan sayur asam, besok dia fikir bagaimana mendapatkan sup. Jadi ada makanan hanya jenisnya yang lain.

3. Lapisan Atas ( Penghasilan orang yang Kaya ) :”Besok akan makan dimana kita ?” sudah bosan di restoran ini dia akan cari restoran yang lain, tidak boleh makan di restoran yang sama setiap hari.

4. Lapisan Akhir ( Penghasilan dari Kedzoliman ) : “Besok siapa lagi yang boleh aku makan ?” Dia fikir makan tetapi dari menzalimi orang lain. Tiap hari yang difikirkan bagaimana makan orang ? ertinya bagaimana dia dapat memeras orang ? otaknya otak kriminal, maunya menyusahkan orang lain, bahkan orang macam ini jangankan teman, keluarganyapun dia makan.

Ali Karamallah Wajhahu berkata kalau manusia itu fikirnya hanya memikirkan apa yang akan masuk kedalam perutnya maka derajatnya disisi Allah sama dengan apa yang telah dikeluarkan dari perutnya. Beginilah hasilnya jika manusia tidak diperjuangkan yaitu mereka akan menjadi rendah dan hina. Derajatnya di sisi Allah seperti apa yang dikeluarkan perutnya yaitu kotoran, tidak ada nilai, rendah, bahkan tidak pantas untuk dilihat atau dipandangi. Hari ini banyak orang-orang yang menganggap bahawa kehidupan orang-orang kafir itu tinggi, padahal kalau diperhatikan kehidupan mereka tidaklah tinggi seperti yang mereka perkirakan. Sifat daripada orang kafir yang tidak beriman ini, kehidupan daripada keduniaannya itu tinggi-tinggi, tetapi fikirnya daripada orang kafir itu rendah. Jadi orang kafir ini keduniaannya tinggi, namun fikirnya rendah. Orang kafir ini pola kehidupan yang ideal bagi mereka adalah rumah yang bagus, pakaian yang indah, kereta yang mewah, makanan yang enak, tetapi fikirnya rendah yaitu fikir kebendaan saja. Namun orang beriman ini kehidupan daripada keduniaannya rendah-rendah, tetapi fikirnya tinggi. Orang beriman ini pola kehidupannya sangat sederhana dari makanan, pakaian, pengangkutan, rumahnya, tetapi fikirnya tinggi. Bagaimana fikirnya orang beriman ? yaitu bagaimana dirinya dan seluruh manusia dapat selamat dari adzab Allah di dunia dan di akherat. Itulah fikir dan sifat atau pola hidup daripada orang beriman.



Sunday, October 3, 2010

kasih sayang

kisah usang sudah lapok dari zaman berzaman iaitu membenarkan hujah masing-masing, mencari pengaruh dengan cara yang tak sepatutnya. sifat ini sedang berlaku dalam agamawan, ilmuwan dan sebahagian besar umat islam masakini, ini yang membuat gua semakin pening. sifat kasih sayang dan belapang dada sesama muslim kian pudar... lihatlah contoh terdekat di sekitar kita, oleh kerana fahaman agama yang sikit berbeza pon mereka tidak bertegur sapa, belum lagi berlainan fahaman politik yang terang-terang memulakan bibit perpecahan. dan macam-macam permasahan yang di tumbulkan oleh sesama muslim.
pernah satu ketika seorang ustaz menyatakan perasaannya yang tidak suka orang-orang muda membuat dan menceritakan perihal dakwah, dengan alasan mereka belum kahwin dan ada anak, entah apa maksud di hati beliau gua tak tau..... yang gua tau semua itu urusan Allah swt...
entah apa nak jadi dunia sekarang..
satu kisah ada seorang yang jahil agama mendatangi seorang ulama' akhirat untuk bertanya perihal dakwah dan iman.... beliau berkata " tuan, saya ini jahil agama macamana saya nak buat dakwah, bolehkah saya nak buat dakwah?"
ulama' akhirat itu menjawab dengan penuh hikmahnya.... " boleh, tiada masalah..."
si jahil betanya...." macamana tuan? apa yang saya mau dakwahkan?"
ulama' bekata....."kamu dakwahkan kepada mereka apa-apa yang kamu tahu"
si jahil semakin tak paham..... " tak faham lah tuan"
ulama' menerangkan....." kamu dakwahkan kepada orang yang kamu jumpa, kamu cakaplah... tuan saya ini jahil agama, marilah kita pergi ke masjid untuk belajar agama...di masjid ada program-program agama... jangan jadi macam saya, nanti tuan menyesal macam saya"
"kamu cakap ini pon sudah cukup di kira sebagai dakwah" terang ulama' itu lagi....
si jahil bertanya meminta kepastian ... " benar ke tuan? boleh ke Allah swt terima....?"
ulama' : insyaAllah, Allah swt maha pemurah.... Allah swt akan melihat kesungguhan dan niat yang ada pada hambaNya....
si jahil itu balik dengan hati yang tenang dan berbunga untuk mendekatkan dirinya dengan Allah swt, beliau besemangat untuk memajukan dirinya pada agama setelah mendapat jawapan yang benar-benar menyenangi hatinya....
inilah sifat yang perlu ada pada setiap muslim, walau siapa pun mereka dan latarbelakang mereka, jika meraka mahu merapatkan diri dengan Allah kita kena mendampingi dan memberi semangat ke atas mereka.... kerana kita pon tidak tahu di mana kedudukan kita di sisi Allah swt. janganlah kita merendah-rendahkan golongon yang lain. dan jangan berasa kita ini di pihak yang benar sahaja sehingga sifat ujub dan takbur wujud dalam diri....
fikir-fikirkanlah wahai orang-orang islam..... taatilah perintah Allah swt, mengikuti cara nabi saw(sunnah), insyaAllah kejayaan ada bersama kita.

Thursday, September 30, 2010

istimewa seorang insan

inilah wajah insan teristimewa bersama insan terpilih

Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t kerana nikmat-nikmat kehidupan yang di beri.
lihatlah tuan, wajah ini... insan istimewa yang Allah s.w.t hantar untuk nusrah kami di masjid sebuah perkampung nelayan.
beliau datang untuk menguji kesabaran kami, hanya doa yang kami panjatkan kepada Allah s.w.t atas apa yang berlaku dalam melayani kerenahnya.... tapi kadang-kadang rasa seronok pulak melayani kerenah beliau.
beginilah keadaan agama di sini, tiada orang tempatan yang datang untuk nusrah kerana di sini ketandusan karkun. pak imam, pak bilal dan orang-orang kuat masjid pon ambil cuti bila jemaah kami datang. dan rampasan kuasa pon berlaku.....
Ya Allah... ampunkan kami dan seluruh umat,
semuanya salah kami, kami tak buat kerja, iman kami lemah Ya Allah,
kami buat kerja main-main, sehingga umat jauh dari agamaMu....
Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah...
kau terimalah taubat kami Ya Allah...

Wednesday, September 29, 2010

kemuliaan umat

seorang orang lama telah berpesan kepada aku, " kita sentiasa dalam rahmat dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t bila mana kita berasa bersalah di atas kesalahan orang lain...." dan dengan itu kitalah yang akan menangis meminta ampun dan doa dari Allah s.w.t di atas kesalahan orang-orang lain dan diri kita sendiri.
satu sifat yang menyalahkan diri kita atas kesalahan umat, rasa tanggungjawab di atas kemungkaran yang orang lain lakukan kerana kita tidak sampaikan dakwah kepada mereka, tidak beritahu pada mereka, atas sebab itu kasihanlah kepada mereka.
selagi sifat ini ada pada diri kita, InsyaAllah Allah s.w.t akan merahmati kita.
tapi ada lagi ke sifat macam ini dalam diri setiap muslim....?
atau sifat "biaq pi" atau pentingkan diri sendiri.... lu lu, gua gua... aku peduli ape, janji aku dah buat.... orang lain dia punya pasal!

Tuesday, September 21, 2010

keluhan

semasa di kapal hari itu aku selalu bersembang dengan seorang islam berbangsa iban, banyak perbicaraan kami berkisar pada keluhan dia dan kerisauan dia tentang agama islam yang di anutinya. dia dahagakan ilmu, tapi orang2 islam di situ langsung tidak pernah ikram dia, cerita2 tentang islam... apatah lagi untuk mengajar dia. akhlak orang islam amat memalukan dan aku sendiri menyedarinya. apakah pemikiran mereka berfikir semua itu tugas ustaz dan ulama'?  dan aku sudah beberapa kali terjumpa situasi ini...
lagi satu aku tanya dia selama dia memeluk islam, pernah tak dia terima wang zakat? dia cakap tak pernah..
yang dia dapat adalah sumbangan hari raya sebanyak rm80, itu pon baru satu kali....
lagi satu keburukan yang aku nampak tentang orang islam, mana perginya wang2 zakat yg patut di bagi pada mereka ini? saban tahun jabatan2 agama berbangga2 dengan kutipan zakat yg mencecah jutaan rm...
tp untuk apa rm itu?  bernilai sangatkah rm? atau menilai satu kejayaan dlm agama dgn nilai rm? banyak sangat alasan yg mereka untuk membantu golongan mualaf ini.... dan yg paling top adalah takut salah bagi lah..... mereka buat saham wakaf banyak2, duit simpan bergunung2.... nak buat ape?
si iban mengeluh lagi pasal kes murtad yg menimpa keluarga dan bangsa2 beliau, sungguh banyak kes ini berlaku.... antara sebabnya adalah mereka di biar terkapai2 setelah di islamkan, tiada tindakan susulan oleh jabatan yg bertanggungjawab, jabatan yg suka menyimpan wang zakat dan sukar untuk menyalurkan kepada golongan asnaf... hahaha, inilah realiti orang melayu yang berbangsa melayu....
banyak lagi keluhan beliau pada aku....
kesimpulannya semua kesalahannya terletak pada orang2 islam sendiri, amalan kita banyak yg rosak, kita menyanjung sangat rm, cintakan dunia sehingga dakwah yg mudah2 pon kita tidak buleh lakukan... kerana amalan hidup kita yang sudah lari dari garisan2 agama yang menepati Al quran dan sunnah....

Sunday, September 19, 2010

celaru

hari inirata- rata kita tentu sibuk tentang kes serial killer tentang jutawan kosmetik. pelbagai teori konspirasi, gosip dan spekulasi kita dengari saban hari.
tapi aku nak bincang kat sini adalah bukan pasal pembunuhan, tapi pasal wanita keluar rumah tanpa muhrim dengan di temani lelaki bukan muhrim , ini yang aku nampak... walau apa pon alasan pon, termasuklah urusan perniagaan berbilion ringgit tetap matlamat tidak akan menghalalkan cara. Allah swt telah menetapkan hukum,tertib dan adab untuk wanita-wanita islam keluar rumah, teapi kita sering memandang enteng perintah Allah swt. sehingga berlaku kes seperti jutawan itu, kita sibuk menyalahkan orang yg membunuh...... walhal orang yang terbunuh pon ada mempunyai kesalahan tidak kurang besarnya di sisi Allah swt.
sepatutnya kita sebagai umat islam wajib menuruti perintah dan larangan Allah swt. cuba anda bayangkan dan fikirkan, jika wanita-wanita islam menuruti perintah Allah swt untuk keluar rumah, iaitu menutup aurat ( lengkap dengan memakai purdah ) dan dengan muhrimnya... agak-agak terpelihara atau tidak maruah mereka?
sekarang ini kita sudah lupa dengan Allah swt, sebab tu kita di hina.. lihatlah macamana Allah hina wanita-wanita kita... di bunuh, di rogol, mengandung luar nikah, membuang bayi dan macam-macam lagilah...
lelaki-lelaki kita tidak kurang hebatnya seperti itu juga.... inilah satu penghinaan Allah swt kepada umat islam kerana kita telah melupakanNya dan terlalu mementingkan dunia.... tunggu dan lihat, pasti dan pasti akan ada banyak lagi dan macam-macam masalah akan timbul dalam kehidupan umat akan berlaku selagi kita tidak berbalik kehidupan ini kepada ALLAH TAALA. buatlah apa-apa pon program dan perancangan sosial selagi tidak bersesuaian dengan kehendak AL QURAN dan SUNNAH RASULULLAH SAW selagi itu masalah tidak akan selesai, yang akan bertambah adalah masalah dan masalah dan masalah........

Saturday, September 4, 2010

aidilfitri

selamat hari raya aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat, jika ada salah dan silap mohon ampun dan maaf.
maaf zahir dan batin.