Wednesday, March 31, 2010

sijil

awak ada sijil ape? tanya seorang pak imam semasa keluar 3 hari baru2 ni.... semua karkun senyap je.
awak ade tauliah tak? tambah pak imam itu lagi.... karkun pon senyap, malas nak layan pak imam yang berumur 73tahun itu.
kalau takde tauliah tak payah iklan pada orang tempatan, nak buat majlis atau aktiviti buat pada orang2 awak sahaja, jangan libatkan orang2 tempatan.... jelas pak imam itu lagi.... karkun terus membatu..
kemudian pak imam itu terus bercerita sejarah silam diri beliau, kami hanya mengangguk2 sahaja, supaya lembut hati beliau..... tapi ade juga pak imam itu menyatakan kekurangan orang tempatan yang datang bersolat jemaah di situ..
jumlah orang tempatan yang datang bersolat amatlah sedikit, jemaah kami yang  lapan orang telah melebihi jumlah orang tempatan yang bersolat jemaah di situ...nampak macam nak rampas kuasa kot? hehehe
atau mungkinkah nak amal agama di sini memerlukan sijil kot?
agak2 di akhira nantit sijil2 dari mana intitusi pengajian tinggi spt al azhar itu berguna atau tidak?
di hari yang mana hakim yang maha adil mengadili seluruh makhluk, keputusan yang pasti tiada manusia pun akan di zalimi..... insyAllah

Tuesday, March 30, 2010

antara lampu,kipas, suis dan manusia

antara kipas, lampu, suis dan manusia.... ape yang lu orang dapat fikir?  semuanya terdapat di dalam masjid.       tetapi yang mana lebih banyak memenuhi masjid2 di waktu solat2 fardu.... tentulah benda2 mati itu, sedangkan manusia entah di mana?  hanya sebahagian sedikit sahaja yang beruntung untuk memakmurkan rumah Allah.
di akhirat nanti Allah akan bertanya di mana jiran2ku kepada malaikat, malaikat bertanya, siapa jiran2mu ya Allah? jiran2Ku ialah orang yang memakmurkan rumahKu(masjid)....
lu orang agak2 mcmn nasib kipas, lampu, suis dan manusia ea di hari akhirat?
atau kita telah mejadikan masjid seperti gereja? hanya dikunjungi seminggu hanya sekali?
mana yang anda mau gaji rm1 atau rm27.........?

Tuesday, March 23, 2010

apa yang kita fikir?

Apa yang kita fikir bila bangon tido waktu pagi? dan pernahkah lu orang fikir apa yang orang2 kapir fikir bila bangon tido?
sama tak agak2nya dengan apa yang kita fikir? kalau sama mungkin kita pon dah tergolong dengan orang2 kafir itu.... Nauzubillah.
Apa yang org kafir fikir bila bangon tido?  mau kerja klu tak kerja nanti miskin, sapa mau bagi makan kalau tak kerja, mau jadi kaya, mau cari uang banyak.. bangon tido mandi siap2 pergi kerja unyuk mencari dunia.. inilah orang kafir........ sama macam kita tak?
tentulah tidak, mudah2an.... insyaAllah
Orang2 islam bangon fikir macamana agama kita untuk hari ini, kan kita kena solat subuh... ini untuk mengingati Allah yang maha pencipta. dan rezeki kan Allah dah janji yang Allah lah yang memberi razeki, tak perlu lah kita berfikiran taksub dengan kerja seperti orang2 kafir itu....

Monday, March 22, 2010

kaya

siapa yang kaya kat sini sila angkat kaki.... blah la... mana ada orang kaya kat dunia ni!  ALLAH lah yang maha kaya.tp kita semua pon boleh jd kaya juga bila kita mensyukuri nikmat2 pemberianNya, dan berasa cukup seadanya walaupun  tak semewah orang lain. janganlah kita memandang apa yang ada pada orang lain yang mewah2 tu. lebih baik pandang diri kita sendiri...... betulkah kita ini benar bersyukur, atau kufur nikmat?
sebenarnya nikmat hidup yang paling besar ialah nikmat amal agama, inilah yang paling susah untuk kita dapatkan,kita mahu usahakan sungguh2 dalam hidup kita. beruntunglah orang yang Allah beri nikmat ini. orang yang banyak berkorban untuk agama, dengan jiwa dan harta. kita patut cemburu dengan orang macam ini...
semoga Allah beri kita kekuatan untuk Amalkan agama, lagi2 pd gua yang selalu lalai ini..

Thursday, March 18, 2010

miskin

ramai orang takut miskin kat dunia yg fana ini termasuk la gua tapi pernah ke kita berfikir akan kemiskinan di akhirat.
janji Allah itu benar, rezeki kita telah ditetapkan dan kita tidak akan dapat lebih dari apa yg telah ditetapkan. Allah yg melapangkan dan menyempitkan hidup hamba2nya,yakinlah.... tapi ramai antara kita yg lupa bila sempit hidup.. kita akan usahakan kerja, tambah overtime, wat part time, suruh wife kerja dll.... tp ini semua tiada dapat memberi rezeki kerana rezeki itu milik Allah, kenapa kita tidak minta kepada Allah.... di mana keyakinan kita sebagai muslim?
kepapaan di akhirat yg gua dan lu orang patut takutkan, kat mahsyar tak ade jabatan agama yg bagi zakat untuk pahala....

Tuesday, March 16, 2010

motorsikal dan kenangan

honda cg125 banyak kenangan gua dengan motor model ni, tapi kat sini sudah diberhentikan keluarannya. gua pakai moto ni pada tahun 1993 hingga 1995. lepas tu moto ni dah jahanam gua kerjakan. tahun lepas body dah jual pada pembeli barang lusuh.
di iran motorsikal ini menguasai hampir 80 peratus penggunaan motorsikal di sana. masih di kekalkan pengeluarannya kerana permintaannya tinggi.

Monday, March 8, 2010

kaum nabi luth

dalam pemerhatian gua,waris kaum nabi luth pada hari ini memang terlalu banyak dekat negara gua. orang tua kebanyakkan lembap langsung tak perihatin kat anak mereka yang dah nak jadi waris kaum nabi luth. dekat ipt melambak2... kat jalan susur depan bomba jangan cakap la.... kat dalam myspace lagi lah byk. yang jadi pengkid pon mak bapak tak kesah. gua pon tak tau nak cakap ape. asalkan anak korang keje dah cukup, agama lu letak mana?  gua risau ni banyak sangat spesis macam ni.... bila gua keluar dari kepompong selalu gua jumpa.  apa masa depan mereka beb?

Thursday, March 4, 2010

bila nak buat potong jambul?

Alhamdulillah.... pagi 12 rabiul awal, bini gua selamat melahirkan seorang anak lelaki(1st) yang sempurna sifat...  setelah bini gua keluar hospital banyak mulut bertanya bila mau buat potong jambul....?  gua cakap gua nak gondolkan je rambut anak gua tu sendiri... kan yang sunnah rambut anak tu dipotong dan di nilai, dan uangnya di sedekahkan..  banyak sangatlah percampuran adat dan syariat, ramai yang keliru...?