Sunday, April 29, 2012

Perpaduan

Ingatlah! bahawa perkataan, kaumku, daerahku,negeriku,negaraku,partiku,saudaraku dan yang seumpama dengannya,semuanya adalah perkataan yang memecahbelahkan umat! perkataan dan semangat sebegini rupa adalah sangat-sangat dibenci Allah Taala kerana akan memulakan bibit-bibit perpecahan umat.... hari ini periksalah diri kita, apakah kita ini termasuk dalam golongan yang suka perpecahan dengan melabel itu dan ini, kaum itu dan ini, golongan itu dan ini, adakah kita ini tergolongan dalam orang yang memecah belahkan ummah...? belajarkah kita dari sunnah Nabi SAW, yang mana fikir Baginda SAW kita ini adalah satu umat walaupon apa juga bangsa,negara dan juga bahasa.... Baginda sentiasa risau bagaimanakah nasib umatnya dan selamat dari azab Allah SWT sehinggalah beliau wafat. tidak lupa juga Baginda selalu risaukan umatnya tentang amalana agama terutamanya solah. Hari ini kita lihat bagaimanakah fikir umat? perpaduan umat? apatah lagi amalan umat islam.... terutamanya solat! masjid di bina di merata-rata tempat tapi umat khayal melayan tipu daya dunia. peti fitnah yang mereka kata agenda yahudi itu yang di tontonnya berjam-jam. akhbar dan majalah yang memaparkan fitnah di jadikan bahan utama bacaan. Al quran yang di anggap pegangan sampai berlapuk kat almari tu... kita sibuk mengutuk orang kafir itu dan ini tapi perangai orang kafir juga yang kita ikuti, tak percaya? lihatlah yang keluar dari rumah orang-orang islam hari ini ( artis-artis, penyanyi-penyanyi) berbeza denga zaman sahabat r.a yang keluar dari rumah mereka adalah ( mufti, alim dan alimah, hafiz dan hafizah ). mereka tidak perlu sekolah atau madrasah untuk belajar agama, semuanya keluar dari rumah-rumah mereka. ini bermakna rumah mereka adalah seperti madrasah dan sekolah.. adanya amal agama dalam rumah mereka..... rumah kita hari ini? untuk melihat rumah umat islam yang ada amalan taklim rumah pon susah... kerana apa? kita bukan usahakan rumah kita jadi madrasah tetapi kita buat rumah kita seperti panggung wayang,pusat karaoke, pusat perabot,restoran dan sebagainya..... kalaulah kita pergi ke rumah orang kafir hari ini dan lihat amalan mereka, samalah juga dengan kebanyakkan amalan rumah orang islam hari ini.... BERMULANYA SEBUAH NEGARA ISLAM ADALAH DARI RUMAH, BILA YANG KELUAR DARI RUMAH ORANG ISLAM ITU ADA FIKIR DAN RISAU AGAMA MAKA AKAN BERMULALAH PEMBENTUKKAN SEBUAH NEGARA ISLAM. Untuk datang pada agama, usaha ke atas iman mesti dibuat.. dan tidak ada cara lain yang terbaik melainkan dengan cara sepertimana Baginda SAW usaha ke atas sahabat-sahabat r.a. PENYEDIAAN UMAT PERLU DILAKUKAN!

Tuesday, April 17, 2012

pengaruh minda

hari ini mari kita fikir sejenak tentang pemikiran kita, apakah yang kita fikirkan selalu, apakah perkara yang banyak kita fikirkan.... yang mengganggu fikiran kita selalu.
cubalah kita fikirkan..
dan yang amat penting sekali di mana corak fikiran dan juga gaya fikiran kita di pengaruhi oleh siapa dan apa...?

adakah fikiran kita cenderung pada dunia atau akhirat?
kita sentiasa berfikir untuk menambah harta atau bersedekah?
kita fikir untuk tambah duit atau tambah amal....
atau kita sibuk dengan kepeluan dunia kita ini sahaja......
dari kecil hingga besar, dari tadika hingga habis belajar..
siapakah yang telah mempengaruhi pemikiran kita?

inilah satu cabaran untuk kita berfikir, adakah kita ini iaitu pemikiran kita berfikir seperti orang kafir atau orang islam....?
kalau pemikiran islam kenalah ikut......... ikut siapa?
bapa kita?
cikgu kita?
bos kita?
kawan kita?
atau siapa?
orang putih?
orang sepet?
artis-artis?
ahli sukan?
perdana menteri?
ulama' dunia?
ahli politik?
nafsu?
binatang?
atau.... syaitan?
atau..............?

cubalah fikir-fikirkan lah....
di manakah akal fikiran kita di pengaruhi selalu.....?