Tuesday, November 15, 2011

syukur lagi dan lagi


Alhamdulillah syukur lagi dan lagi pada Allah swt kerana mengekalkan hidayah pada diri kita dan kekal dalam usaha agama, semoga Allah swt kekalkan kita hingga akhir hayat dan juga waris kita hingga hari kiamat untuk membuat usaha ini. inilah maksud kita di hantar atas muka bumi ini sebagai umat akhir zaman (hamba Allah swt dan umat nabi saw) iaitu untuk usahakan iman kita dan juga seluruh umat untuk datang pada amal agama yang sempurna (mengamalkan agama cara nabi saw).
Alhamdulillah dengan kehendak Allah swt dapat juga aku sampai ke bumi India, terutamanya banglawali masjid ini (gambar di atas).... Alhamdulillah, dapat aku bertemu ulama'-ulama' akhirat di sini(ulama'yang membuat usaha agama hanya semata-mata kerana Allah dan tidak bekerja dengan agensi-agensi tertentu @ kerajaan @ pembangkang) dan dapat mengambil nasihat dari mereka inilah satu nikmat yang paling besar dalam hidup ini. kerana hanya dengan agama sahajalah kita akan sampai kepsda syurga Allah swt itu pun jika kita membawa iman yang soheh(iman yang tidak mensyirikkan dan mensyarikatkan Allah swt dengan makhluknya walau sedikit pon) dan amal yang soleh (amal yang mengikut cara nabi kita Muhammad saw). semoga Allah swt beri kita taufik dan hidayah untuk berada di jalan yang benar dan kekal hingga akhir hayat.. Amin