Friday, November 19, 2010

kepentigan solat

Air Tangan Orang Tak Solat

by Muhammad Asyraf Mohd on Tuesday, 16 November 2010 at 07:17
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar,dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalaumeninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudahberumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar),"kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamildan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Diadah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat NabiMuhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payahbuat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa,brgsiapa bernazar, walaupun haram,tetap kena laksanakan nazar tu..lalu,si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgnNabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..lalu,Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjinghitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh drbumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu,lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh NabiMusa tadi...

Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan airyg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab airtangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepadamuslimat sekalian, peliharalah solat, sbb kalau meninggalkan solat(kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan,nasi, dsb..anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak.takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan orgtinggalkan solat..tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni..pagi petang..

mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukangmasak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia...gelap lahhati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kitamakan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solatkepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lainmemadai diutus melalui Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali(&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum."maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yglemah di bawah tanggunganmu.

" jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya,kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak

Sunday, November 14, 2010

janggut


alasan menyimpan janggut.


 Ada Ulama yang berpendapat bahawa hukum menyimpan janggut adalah sunat dan ada yang mengatakan, ia adalah wajib.

Tetapi, pendapat yang paling jelas ialah wajib. Ini kerana, terdapat dalil sahih daripada Rasulullah s.a.w. Antaranya,

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” - Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

Jadi, anda dinasihatkan supaya mengikut apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Hukum menyimpan janggut adalah wajib bagi lelaki. Tetapi, terdapat ulama yang menyatakan sunat. Dengan alasan, ia hanya perbuatan Rasulullah s.a.w.

Hujah ini tidak jelas kerana terdapat dalil yang banyak daripada hadis Rasulullah s.a.w yang menyamakan seseorang Muslim yang tidak menyimpan janggut dengan suatu kaum yang lain.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak menyimpan janggut. Oleh itu, anda tidak boleh menyerupai mereka. Ini salah satu daripada tatacara kehidupan mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka.”- Hadis riwayat Ahmad.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Bukanlah daripada umatku seseorang yang lain daripada kami. Oleh itu, janganlah kamu mengikut Yahudi dan Nasrani.”- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Ibn Taimiyyah berkata:
“Haram jika memotong janggut (mencukur janggut). Terdapat dalil daripada al-Quran, Sunnah dan ijmak mengenai larangan meniru gaya orang-orang kafir. Meniru gaya hidup dan akhlak mereka adalah satu perkara yang keji dan termasuk dalam akidah seseorang itu. ”

Imam Ibn Abdul Bar dalam Kitab al-Tamhid:
“Haram mencukur janggut. Jangan lakukannya kecuali Khunsa (yang mempunyai dua kemaluan) daripada lelaki.”

Seseorang yang mencukur janggut seolah-olah meniru gaya perempuan. Inilah yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Menyimpan janggut adalah syiar Islam. Ia adalah akhlak para nabi dan orang-orang yang soleh.

Ia adalah salah satu kemuliaan dan penghargaan kepada lelaki. Rasulullah s.a.w amat mengalakkan seseorang Muslim menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.

Sebagai seorang Muslim, kita tidak digalakkan menyoal atau menafikan sesuatu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Ingatlah, setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah perintah dari ALLAH. Perintah ini bersifat Tauqifi, iaitu sesuatu yang perlu diterima tanpa mempersoalkannya.

Cuba anda teliti kisah-kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Terlalu mudah untuk kita praktikan dalam hidup. Tidak ada yang menyusahkan diri jika kita terima sesuatu yang disampaikan itu menetapi apa yang ALLAH dan Rasulullah s.a.w tetapkan.

Oleh itu, bertakwalah mengikut kemampuan anda. Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah s.a.w yang membawa kepada hukum yang wajib. Ikutilah sunnah baginda, anda akan bahagia di dunia dan akhirat

Monday, November 8, 2010

fikiran yang berfikir

nikmat berfikir?
adakah kita pernah terfikir tentang nikmat berfikir?
yang pernah terfikir tentang nikmat berfikir adalah tentunya mereka yang berfikir,
dan mereka yang berfikir tentang nikmat berfikir tentunya yang selalu berfikir,
mereka yang selalu berfikir tentunya mereka ini selalu berfikir apa-apa yang boleh di fikirkan,
dan yang terbaik adalah fikir agama, iman dan amal..... inilah nikmat berfikir sebenarnya..
keluasan dan kebebasan berfikir tanpa ada batasan, cuma kita jangan fikirkan Zat Allah swt sudahlah...

rata-rata antara kita hari ini begitu malas untuk berfikir, mereka hanya mengikut membuta tuli tanpa ada panduan. apa itu panduan?
panduan hidup kita ialah Al quran dan sunnah baginda saw.
lihatlah bagaimana kita mengamalkan adat dan budaya yang bercanggah dengan syarak, kenapa sampai sekarang pon mereka masih mengamalkannya?
itu belum lagi perihal anggota keselamatan negara ini yang tidak membenarkan anggota mereka membela janggut?  macam bodoh pulak bila di fikir, tiada alasan yang konkrit bila diajukan soalan kepada mereka dan bisa kita ketawa dong mendengar jawapan dari mulut mereka. sedangkan askar di israel pon di benarkan membela janggut yang panjang-panjang...

apa yang anda boleh fikirkan tentang gambar ini?
kelemahan berfikir tidak terletak bagi mereka yang tidak bersekolah sahaja tetapi di semua golongan yang atas atau yang bawah, yang berpangkat tinggi atau rendah, yang berkuasa atau tidak, yang bekerja atau tidak...........

Monday, October 4, 2010

makan dan makanan


Salah seorang professor di bandung mengkritik tentang pola kehidupan orang-orang di jakarta. Dia katakan bahawa di jakarta ini masyarakatnya berlapis-lapis, bertingkat-tingkat. Tetapi pada umumnya semua hanya memikirkan untuk makan saja di semua lapisan. Lapisan lapisan itu adalah :

1. Lapisan Bawah ( Penghasilan kurang : kuli, tukang becak, pegemis ) : “Besok saya boleh makan atau tidak ?” saat itu dapat makan, saat itu dihabiskan makanannya, tergantung penghasilannya hari itu.

2. Lapisan Menengah ( Penghasilan cukup ) : “Besok makan apa kita ?” mungkin kerana sudah bosan tidak mau memakan makanan yang sama, harus beza tiap harinya. Hari ini makan sayur asam, besok dia fikir bagaimana mendapatkan sup. Jadi ada makanan hanya jenisnya yang lain.

3. Lapisan Atas ( Penghasilan orang yang Kaya ) :”Besok akan makan dimana kita ?” sudah bosan di restoran ini dia akan cari restoran yang lain, tidak boleh makan di restoran yang sama setiap hari.

4. Lapisan Akhir ( Penghasilan dari Kedzoliman ) : “Besok siapa lagi yang boleh aku makan ?” Dia fikir makan tetapi dari menzalimi orang lain. Tiap hari yang difikirkan bagaimana makan orang ? ertinya bagaimana dia dapat memeras orang ? otaknya otak kriminal, maunya menyusahkan orang lain, bahkan orang macam ini jangankan teman, keluarganyapun dia makan.

Ali Karamallah Wajhahu berkata kalau manusia itu fikirnya hanya memikirkan apa yang akan masuk kedalam perutnya maka derajatnya disisi Allah sama dengan apa yang telah dikeluarkan dari perutnya. Beginilah hasilnya jika manusia tidak diperjuangkan yaitu mereka akan menjadi rendah dan hina. Derajatnya di sisi Allah seperti apa yang dikeluarkan perutnya yaitu kotoran, tidak ada nilai, rendah, bahkan tidak pantas untuk dilihat atau dipandangi. Hari ini banyak orang-orang yang menganggap bahawa kehidupan orang-orang kafir itu tinggi, padahal kalau diperhatikan kehidupan mereka tidaklah tinggi seperti yang mereka perkirakan. Sifat daripada orang kafir yang tidak beriman ini, kehidupan daripada keduniaannya itu tinggi-tinggi, tetapi fikirnya daripada orang kafir itu rendah. Jadi orang kafir ini keduniaannya tinggi, namun fikirnya rendah. Orang kafir ini pola kehidupan yang ideal bagi mereka adalah rumah yang bagus, pakaian yang indah, kereta yang mewah, makanan yang enak, tetapi fikirnya rendah yaitu fikir kebendaan saja. Namun orang beriman ini kehidupan daripada keduniaannya rendah-rendah, tetapi fikirnya tinggi. Orang beriman ini pola kehidupannya sangat sederhana dari makanan, pakaian, pengangkutan, rumahnya, tetapi fikirnya tinggi. Bagaimana fikirnya orang beriman ? yaitu bagaimana dirinya dan seluruh manusia dapat selamat dari adzab Allah di dunia dan di akherat. Itulah fikir dan sifat atau pola hidup daripada orang beriman.



Sunday, October 3, 2010

kasih sayang

kisah usang sudah lapok dari zaman berzaman iaitu membenarkan hujah masing-masing, mencari pengaruh dengan cara yang tak sepatutnya. sifat ini sedang berlaku dalam agamawan, ilmuwan dan sebahagian besar umat islam masakini, ini yang membuat gua semakin pening. sifat kasih sayang dan belapang dada sesama muslim kian pudar... lihatlah contoh terdekat di sekitar kita, oleh kerana fahaman agama yang sikit berbeza pon mereka tidak bertegur sapa, belum lagi berlainan fahaman politik yang terang-terang memulakan bibit perpecahan. dan macam-macam permasahan yang di tumbulkan oleh sesama muslim.
pernah satu ketika seorang ustaz menyatakan perasaannya yang tidak suka orang-orang muda membuat dan menceritakan perihal dakwah, dengan alasan mereka belum kahwin dan ada anak, entah apa maksud di hati beliau gua tak tau..... yang gua tau semua itu urusan Allah swt...
entah apa nak jadi dunia sekarang..
satu kisah ada seorang yang jahil agama mendatangi seorang ulama' akhirat untuk bertanya perihal dakwah dan iman.... beliau berkata " tuan, saya ini jahil agama macamana saya nak buat dakwah, bolehkah saya nak buat dakwah?"
ulama' akhirat itu menjawab dengan penuh hikmahnya.... " boleh, tiada masalah..."
si jahil betanya...." macamana tuan? apa yang saya mau dakwahkan?"
ulama' bekata....."kamu dakwahkan kepada mereka apa-apa yang kamu tahu"
si jahil semakin tak paham..... " tak faham lah tuan"
ulama' menerangkan....." kamu dakwahkan kepada orang yang kamu jumpa, kamu cakaplah... tuan saya ini jahil agama, marilah kita pergi ke masjid untuk belajar agama...di masjid ada program-program agama... jangan jadi macam saya, nanti tuan menyesal macam saya"
"kamu cakap ini pon sudah cukup di kira sebagai dakwah" terang ulama' itu lagi....
si jahil bertanya meminta kepastian ... " benar ke tuan? boleh ke Allah swt terima....?"
ulama' : insyaAllah, Allah swt maha pemurah.... Allah swt akan melihat kesungguhan dan niat yang ada pada hambaNya....
si jahil itu balik dengan hati yang tenang dan berbunga untuk mendekatkan dirinya dengan Allah swt, beliau besemangat untuk memajukan dirinya pada agama setelah mendapat jawapan yang benar-benar menyenangi hatinya....
inilah sifat yang perlu ada pada setiap muslim, walau siapa pun mereka dan latarbelakang mereka, jika meraka mahu merapatkan diri dengan Allah kita kena mendampingi dan memberi semangat ke atas mereka.... kerana kita pon tidak tahu di mana kedudukan kita di sisi Allah swt. janganlah kita merendah-rendahkan golongon yang lain. dan jangan berasa kita ini di pihak yang benar sahaja sehingga sifat ujub dan takbur wujud dalam diri....
fikir-fikirkanlah wahai orang-orang islam..... taatilah perintah Allah swt, mengikuti cara nabi saw(sunnah), insyaAllah kejayaan ada bersama kita.

Thursday, September 30, 2010

istimewa seorang insan

inilah wajah insan teristimewa bersama insan terpilih

Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t kerana nikmat-nikmat kehidupan yang di beri.
lihatlah tuan, wajah ini... insan istimewa yang Allah s.w.t hantar untuk nusrah kami di masjid sebuah perkampung nelayan.
beliau datang untuk menguji kesabaran kami, hanya doa yang kami panjatkan kepada Allah s.w.t atas apa yang berlaku dalam melayani kerenahnya.... tapi kadang-kadang rasa seronok pulak melayani kerenah beliau.
beginilah keadaan agama di sini, tiada orang tempatan yang datang untuk nusrah kerana di sini ketandusan karkun. pak imam, pak bilal dan orang-orang kuat masjid pon ambil cuti bila jemaah kami datang. dan rampasan kuasa pon berlaku.....
Ya Allah... ampunkan kami dan seluruh umat,
semuanya salah kami, kami tak buat kerja, iman kami lemah Ya Allah,
kami buat kerja main-main, sehingga umat jauh dari agamaMu....
Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah...
kau terimalah taubat kami Ya Allah...

Wednesday, September 29, 2010

kemuliaan umat

seorang orang lama telah berpesan kepada aku, " kita sentiasa dalam rahmat dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t bila mana kita berasa bersalah di atas kesalahan orang lain...." dan dengan itu kitalah yang akan menangis meminta ampun dan doa dari Allah s.w.t di atas kesalahan orang-orang lain dan diri kita sendiri.
satu sifat yang menyalahkan diri kita atas kesalahan umat, rasa tanggungjawab di atas kemungkaran yang orang lain lakukan kerana kita tidak sampaikan dakwah kepada mereka, tidak beritahu pada mereka, atas sebab itu kasihanlah kepada mereka.
selagi sifat ini ada pada diri kita, InsyaAllah Allah s.w.t akan merahmati kita.
tapi ada lagi ke sifat macam ini dalam diri setiap muslim....?
atau sifat "biaq pi" atau pentingkan diri sendiri.... lu lu, gua gua... aku peduli ape, janji aku dah buat.... orang lain dia punya pasal!

Tuesday, September 21, 2010

keluhan

semasa di kapal hari itu aku selalu bersembang dengan seorang islam berbangsa iban, banyak perbicaraan kami berkisar pada keluhan dia dan kerisauan dia tentang agama islam yang di anutinya. dia dahagakan ilmu, tapi orang2 islam di situ langsung tidak pernah ikram dia, cerita2 tentang islam... apatah lagi untuk mengajar dia. akhlak orang islam amat memalukan dan aku sendiri menyedarinya. apakah pemikiran mereka berfikir semua itu tugas ustaz dan ulama'?  dan aku sudah beberapa kali terjumpa situasi ini...
lagi satu aku tanya dia selama dia memeluk islam, pernah tak dia terima wang zakat? dia cakap tak pernah..
yang dia dapat adalah sumbangan hari raya sebanyak rm80, itu pon baru satu kali....
lagi satu keburukan yang aku nampak tentang orang islam, mana perginya wang2 zakat yg patut di bagi pada mereka ini? saban tahun jabatan2 agama berbangga2 dengan kutipan zakat yg mencecah jutaan rm...
tp untuk apa rm itu?  bernilai sangatkah rm? atau menilai satu kejayaan dlm agama dgn nilai rm? banyak sangat alasan yg mereka untuk membantu golongan mualaf ini.... dan yg paling top adalah takut salah bagi lah..... mereka buat saham wakaf banyak2, duit simpan bergunung2.... nak buat ape?
si iban mengeluh lagi pasal kes murtad yg menimpa keluarga dan bangsa2 beliau, sungguh banyak kes ini berlaku.... antara sebabnya adalah mereka di biar terkapai2 setelah di islamkan, tiada tindakan susulan oleh jabatan yg bertanggungjawab, jabatan yg suka menyimpan wang zakat dan sukar untuk menyalurkan kepada golongan asnaf... hahaha, inilah realiti orang melayu yang berbangsa melayu....
banyak lagi keluhan beliau pada aku....
kesimpulannya semua kesalahannya terletak pada orang2 islam sendiri, amalan kita banyak yg rosak, kita menyanjung sangat rm, cintakan dunia sehingga dakwah yg mudah2 pon kita tidak buleh lakukan... kerana amalan hidup kita yang sudah lari dari garisan2 agama yang menepati Al quran dan sunnah....

Sunday, September 19, 2010

celaru

hari inirata- rata kita tentu sibuk tentang kes serial killer tentang jutawan kosmetik. pelbagai teori konspirasi, gosip dan spekulasi kita dengari saban hari.
tapi aku nak bincang kat sini adalah bukan pasal pembunuhan, tapi pasal wanita keluar rumah tanpa muhrim dengan di temani lelaki bukan muhrim , ini yang aku nampak... walau apa pon alasan pon, termasuklah urusan perniagaan berbilion ringgit tetap matlamat tidak akan menghalalkan cara. Allah swt telah menetapkan hukum,tertib dan adab untuk wanita-wanita islam keluar rumah, teapi kita sering memandang enteng perintah Allah swt. sehingga berlaku kes seperti jutawan itu, kita sibuk menyalahkan orang yg membunuh...... walhal orang yang terbunuh pon ada mempunyai kesalahan tidak kurang besarnya di sisi Allah swt.
sepatutnya kita sebagai umat islam wajib menuruti perintah dan larangan Allah swt. cuba anda bayangkan dan fikirkan, jika wanita-wanita islam menuruti perintah Allah swt untuk keluar rumah, iaitu menutup aurat ( lengkap dengan memakai purdah ) dan dengan muhrimnya... agak-agak terpelihara atau tidak maruah mereka?
sekarang ini kita sudah lupa dengan Allah swt, sebab tu kita di hina.. lihatlah macamana Allah hina wanita-wanita kita... di bunuh, di rogol, mengandung luar nikah, membuang bayi dan macam-macam lagilah...
lelaki-lelaki kita tidak kurang hebatnya seperti itu juga.... inilah satu penghinaan Allah swt kepada umat islam kerana kita telah melupakanNya dan terlalu mementingkan dunia.... tunggu dan lihat, pasti dan pasti akan ada banyak lagi dan macam-macam masalah akan timbul dalam kehidupan umat akan berlaku selagi kita tidak berbalik kehidupan ini kepada ALLAH TAALA. buatlah apa-apa pon program dan perancangan sosial selagi tidak bersesuaian dengan kehendak AL QURAN dan SUNNAH RASULULLAH SAW selagi itu masalah tidak akan selesai, yang akan bertambah adalah masalah dan masalah dan masalah........

Saturday, September 4, 2010

aidilfitri

selamat hari raya aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat, jika ada salah dan silap mohon ampun dan maaf.
maaf zahir dan batin.

Wednesday, August 11, 2010

dasar pandang ke belakang

kita ini sering di pengaruhi dengan dasar-dasar yang entah apa apa, katanya untuk kemajuan yang tak maju-maju pon tetapi makin menjahanam dan merosakkan otak, minda, pemikiran dan akhlak. makin jadi hamba pada duit dan jadi macam orang kapir, jadi pak turut, jadi pada hamba kerja, hari-hari makan rasuah, makan hak orang lain tanpa rasa bersalah, makan riba', menjalankan sistem piramid....... dan siapa nak jadi jutawan ikut macam saya, macamlah jutawan boleh beli syurga!
ini semua kerana orang islam tidak yakin dengan dasar mereka sendiri, bodoh sangat orang islam ni... nak ikut dasar orang kafir sedangkan mereka memang sudah ada dasar yang hebat dan benar, iaitu dasar pandang ke belakang ( zaman terbaik iaitu zaman nabi s.a.w dan sahabat r.a ). siapa pemimpin islam yang memerintah 2/3 dunia? semua itu pada zaman sahabat r.a, yang mana dakwah menjadi maksud hidup mereka bukan macam kita maksud hidup kita kerja dan kerja dan kerja untuk dunia... zaman sekarang orang islam dapat memerintah tanah seluas malaysia pon dah kecoh kambing jadinya.....  tak ke bodoh kita ini? di manakah zaman yang orang-orang rom jadi amah dan hamba-hamba di rumah orang islam? sekarang terbalik amah-amah islam kena potong daging babi di rumah orang kafir....
semua kelemahan umat islam hari ini berpunca dari kebodohan umat islam sendiri. dengan bodoh menolak sunnah nabi s.a.w dan tidak yakin akan adanya kejayaan jika mengamalkan sunnah... lepas tu ada lagi bodoh macam dah jadi kafir lagaknya dengan berkata kalau kita nak maju dan berjaya kita mesti ikut cara dan budaya mereka dan dasar-dasar mereka ( orang kafir ).  gua yakin sampai kiamat pon lu tak akan dapat apa pon...

Friday, August 6, 2010

kisah goreng pisang

seorang makcik tua sedang sibuk melayan pelanggan di warung goreng pisangnya, sambil menggoreng beliau berbual-bual dengan pelanggan-pelanggannya. tiba-tiba datang seorang pelanggan datang kepada ibu tersebut dan berkata " makcik kat simpang tu ade kemalangan la, teruk juga budak yang kena langgar tu... tak boleh bangon."  sambil melayan pelanggan dan menggoreng pisang makcik tu menjawab " ye ke?  anak sape la tu.... biarkan anak-anak main tengah jalan, teruk ke budak tu......?" beliau tidak mengendahkan sangat akan kemalangan itu, beliau berfikir perniagaan goreng pisang itu lebih bernilai dari menyelamatkan budak itu. dan  seorang kenalan makcik itu datang tergesa-gesa dan berkata " makcik! anak makcik kemalangan kat simpang tu!, teruk! parah tu makcik!"      makcik tu menjawab " ya Allah, anakku... macamana dia sekarang?" sambil tergesa-gesa mematikan api dapur goreng pisang dan ingin segera ke tempat kejadian untuk menyelamatkan anaknya.... seorang palanggan bertanya " macamana dengan goreng pisang ini makcik?    siapa yang nak goreng ni, kami nak beli ni.... tak takut rugi ke?"  makcik itu menjawab " itu anak aku!  kau tau tak!  anak aku tu!!!!!   biarlah goreng pisang ni, anak aku tu lebih bernilai dari pisang goreng ini......." sambil berlari makcik itu meninggalkan warung goreng pisangnya untuk pergi menyelamatkan anaknya............... tamat....

tamsil :  anak pada cerita di atas ialah agama kita(islam), makcik itu pula ialah kita(umat islam) dan perniagaan goreng pisang itu ialah dunia( dunia yang selalu melalaikan kita).
beginilah keadaan kita sekarang, agama kita telah parah sekarang ini, siapakah yang ingin menyelamatkannya kalau bukan kita ( umat islam )?

Thursday, August 5, 2010

ikhram muslimin

kasih sayang sesama muslim, sifat yang semakin hilang dalam diri orang-orang islam tidak kira apa pangkat atau jawatan hatta ustaz dan imam sekalipon. lama aku perhatikan sifat ini di kalangan orang-orang islam, contoh paling dekat di halaqah aku sendiri....
jemaah luar negara selalu singgah di tempat kami, tapi sambutan dari kalangan umat islam amat menyedihkan. pengerusi, imam, ustaz, ajk-ajk dan makmum(sebahagian besar) memandang hina pada jemaah-jemaah ini. walaupun yang datang itu sebenarnya ustaz-ustaz dan para hafiz. sepatutnya mereka mempunyai sifat memuliakan tetamu, bertanya khabar dan tanyakanlah perkembangan islam di negara-negara mereka. nusrahlah mereka, tunjukkan akhlak yang baik pada kami ini..
dan bila orang politik yang datang di tempat kami dengan membawa dunia, mereka menyambut dengan meriahnya, paluan kompang...acara membodek pon ada.. huhu, bawa anak isteri, untung-untung dapat sikit habuan nanti...
aku dah terbayang kedatangan dajjal je sekarang ini, yang mana dajjal akan datang membawa dunia dan berpusu-pusu mereka mengikutinya.. yand datang membawa agama mereka pinggirkan.
memang patut umat islam ini Allah s.w.t hina jika kita berterusan bersifat begini, memang layak kita di malukan. kesalahan amat besar dalam diri umat sendiri.....marilah kita bemusahabah diri sendiri, renung dan lihat diri kita, perbaikilah amalan dari hari ke hari.

Wednesday, July 28, 2010

zalim?

pemimpin dan pemerintah yang zalim? janganlah kita sibuk menyalahkan mereka bila kezaliman dan kemungkaran mereka menimpa kepada kita... sebagai rakyat yang bernama umat islam marilah kita menyalahkan diri sendiri. memang sudah janji Allah jika kita tidak mengamalkan agama dengan sempurna Allah akan letakkan kepada kita pemimpin-pemimpin yang zalim...
sebenarnya kita yang zalim pada diri kita sendiri, lihatlah apa yang telah terjadi kepada agama kita sekarang?
lihatlah tempat turunnya rahmat Allah bila datangnya waktu solat - solat fardu?
kaji selidiklah berapa peratus antara kita yang bersolat?
dan banyak lagi tuntutan-tuntutan agama yang kita tidak dilaksanakan...........
yang terpenting DAKWAH telah kita tinggalkan!

Friday, July 23, 2010

cakap-cakap

1."Allah yang bagi rezeki tapi kita kene usaha..." atau...." kita kena usaha tapi Allah yang bagi rezeki"
2."sembahyang-sembahyang juga tapi kena kerja..." atau...." kerja-kerja juga tapi kena sembahyang.."
dua contoh cakap-cakap kita dan cakap-cakap mereka dan banyak lagi cakap-cakap yang mengelirukan... cakap yang mungkin sama tapi berlawanan maksud..
ini adalah cakap-cakap yang berkaitan keyakinan dalam hati kita. antara kita yakin Allah atau usaha kita?
semuanya ini sudah ada jawapannya di dalam Al quran..... berilah masa pada diri kita untuk berfikir dan bermusahabah diri kita tentang Allah, iman dan hari akhirat....... janganlah sampai dunia yang busuk ini menipu diri kita.

Wednesday, June 30, 2010

kejayaan

becakap pasal kejayaan hidup, ramai mentafsirkan dan menilai dengan kedudukan meterial, pangkat, darjat.. hukum apakah yang kita pakai? jika kita beragama islam dan mengikut sunnah baginda s.a.w, kita tidak akan berfikiran begitu... kita akan cuba melawan perasaan ini dengan sekuat2nya,walaupun  memang terasa berat di hati... kerana kita sememangnya tahu yang kejayaan manusia adalah dalam agama, baginda nabi s.a.w menolak gunung uhud di jadikan emas... bermakna baginda sememangnya tidak mahukan kepada kemahsyuran kebendaan dan material.. lihatlah sekarang, zaman ini para ulama'2 dunia kebanyakannya pon mencintai kekayaan dan kemahsyuran.... orang2 miskin terhina.. padahal dalam harta kita terdapat hak2 mereka...banyak kerosakan bila umat islam lebih mencintai dunia, lihatlah apa yang berlaku pada zakat....? barat telah berjaya mendidik dan memacu pemikiran kita, inilah sebenarnya motif penjajahan mereka... terasa benar apa yg mereka sampaikan....

Wednesday, June 9, 2010

seorang telah bertanya... kenapa kamu tidak menyokong parti kami jika kamu ini cintakan islam? (ini mungkin kerana gua tak suka bercerita hal politik dengan beliau dan tak mau pergi ceramah politik yang banyak caci mencaci itu)
gua jawab....... kenapa kamu susah datang ke masjid untuk bersolat fardhu berjemaah jika kamu dan parti kamu benar2 cintakan islam...........? (beliau tersenyum simpol)
beliau bertanya lagi..... kita kena dapatkan negara ini, tukar pemerintahan supaya senang nak amalkan islam, sebab tu kamu mesti undi parti kami....
gua jawab lagi....... sekarang pon senang nak amal islam, mau atau tidak sahaje.... mari penuhkan masjid kerana rahmat Allah turun di rumah2NYA..
gua tambah lagi, dulu rasulullah tak perlukan negara untuk amalkan islam...... yang penting kita umat islamlah yang kena amalkan islam...... walaupon di mana kita berada.
APAKAH ITU ISLAM?

Monday, June 7, 2010

kubur kita dan kubur mereka

ini adalah perkuburan baqi'. tempat bersemadi para sahabat2 r.a, tabi'in, solihin dan syuhada.... lihatlah perkuburan mereka mengikut apa yang di wasiatkan oleh baginda nabi s.a.w...  jangan meninggikan dan menghias kuburan..


 dan ini kubur kita.... tinggi dan di hiasi dengan batu, dan mungkin marmar.  betapa cantik, tetapi berat untuk di tanggung oleh mayat......... manakah sunnah?  atau terlebih kepada bidaah?
lihat umat islam di kuburan, betapa banyak bidaah yang kita lakukan tanpa di sedari.......... semakin hari semakin bertambah. yang gua nampak apa yang orang kafir buat kita ikut...... mudah sungguh umat islam hari ini di pengaruhi, tidak seperti para2 sahabat r.a....
semoga Allah memberi kita kekuatan dari melakukan perkara2 baru dalam agama(bidaah)........

Friday, May 14, 2010

demokrasi

demokrasi yang gua tau adalah satu sistem ciptaan yahudi untuk memusnahkan sistem islam (khalifah), mereka meracuni pemikiran kita supaya kita merasa inilah sistem yang betul dan terbaik..... nah, ape yang dah jadi sekarang?
mereka memecah belahkan perpaduan kita dengan sistem kepartian dan kebangsaan (asabiyah) ini..... tapi tujuan mereka yang utama sekali ialah supaya kita leka dan lupa tentang AGAMA kita, kita sibuk dengan parti........... hingga kita terasa ape yang kita lakukan terasa benar. sama seperti kita di lekakan dengan hiburan dan sukan...
kita lupa tentang islam, kepentingan umat...... lupa, alpha, hanyut dengan agenda2 keduniaan ciptaan kafir laknatullah ini........ tapi umat islam ramai yang tak terasa mereka telah di bodoh2kan dengan permainan yang mereka ciptakan. sebab mereka malas BERFIKIR dan TERLALU CINTAKAN DUNIA......

Wednesday, April 7, 2010

lagu tema saya anti rasuah

http://www.youtube.com/watch?v=KXpmczhWlQU
sapa makan cili dia rasa pedas...
sapa tolak rasuah kerana takutkan Allah, insyaAllah ada ganjaran di hari kemudian...

Sunday, April 4, 2010

air

apa yang gua lihat sekarang ini manusia semakin sibuk dengan entah apa2.... sampai tak sempat nak berfikir pasal kehidupan akan datang selepas kematian. bukan itu saje, hari esok pon mereka tak nak fikir, yang mereka mau fikir macmana mau tambah uwang pak, mau kaya dan mereka terus rakus macam yakjuj dan makjuj, mereka terus menerus merosakkan bumi Allah ini.. antaranya ialah sungai2 kat kampung gua dah macam air susu sampaikan gua yang kaki pancing pon dah jarang turun memancing..... ape yang gua lihat adalah sumber air bersih memang dah semakin kritikal, ini pon gua tengok ramai yang masih tak sedar lagi terutamanya kerajaan negara gua ni. habis hutan beribu2 ekar kat kampung gua kena tolak untuk di jadikan ladang kelapa sawit bertujuan supaya dapat memberi peluang kepada warga2 indon memenuhi kampong gua.. gua rasa tak sampai satu abad lagi air akan menjadi masalah baru kepada manusia.... sepatutnya dari sekarang kita sudah ada kesedaran untuk menjaga sumber2nya. lu lihat, kat rumah2 kebanyakan orang dah pasang penapis air yang dijual secara piramid(mlm)...... memang mangkok. ini membuktikan ketidakbersihan air kita.... pernah lu orang tengok kerajaan singapura menjaga sumber air mereka di negara kita(linggiu dan pulai)...
akhir kata,teruskan usaha mu, teruskanlah mencemar wahai saudara2 ku, sehingga kamu mengeluh satu hari nanti.....

hubungan

Semalam gua dengar bayan seorang ustaz, banyak ilmu yang gua dapat dari beliau... tapi satu yang gua betul2 terkesan iaitu beliau menyatakan mengapa sekarang orang islam di hina, di caci, di sembelih, dan macam2 kehinaan lagi........ sebabnya adalah kerana orang islam MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN ALLAH.
Dulu zaman sahabat ketika orang islam dihina, mereka mendapat bantuan dari Allah, kerana mereka sentiasa merapatkan diri kepada Allah s.w.t yang maha memelihara dalam ape jua  keadaan sehingga dalam peperangan bantuan Allah bantuan Allah dengan jelas telah sampai pada mereka.
Sekarang kebanyakan dari kita memutuskan terus hubungan dengan Allah, sebab itu Allah membiarkan kita terus dihina, dicaci, disembelih, diperkudakan oleh orang2 kapir....

Wednesday, March 31, 2010

sijil

awak ada sijil ape? tanya seorang pak imam semasa keluar 3 hari baru2 ni.... semua karkun senyap je.
awak ade tauliah tak? tambah pak imam itu lagi.... karkun pon senyap, malas nak layan pak imam yang berumur 73tahun itu.
kalau takde tauliah tak payah iklan pada orang tempatan, nak buat majlis atau aktiviti buat pada orang2 awak sahaja, jangan libatkan orang2 tempatan.... jelas pak imam itu lagi.... karkun terus membatu..
kemudian pak imam itu terus bercerita sejarah silam diri beliau, kami hanya mengangguk2 sahaja, supaya lembut hati beliau..... tapi ade juga pak imam itu menyatakan kekurangan orang tempatan yang datang bersolat jemaah di situ..
jumlah orang tempatan yang datang bersolat amatlah sedikit, jemaah kami yang  lapan orang telah melebihi jumlah orang tempatan yang bersolat jemaah di situ...nampak macam nak rampas kuasa kot? hehehe
atau mungkinkah nak amal agama di sini memerlukan sijil kot?
agak2 di akhira nantit sijil2 dari mana intitusi pengajian tinggi spt al azhar itu berguna atau tidak?
di hari yang mana hakim yang maha adil mengadili seluruh makhluk, keputusan yang pasti tiada manusia pun akan di zalimi..... insyAllah

Tuesday, March 30, 2010

antara lampu,kipas, suis dan manusia

antara kipas, lampu, suis dan manusia.... ape yang lu orang dapat fikir?  semuanya terdapat di dalam masjid.       tetapi yang mana lebih banyak memenuhi masjid2 di waktu solat2 fardu.... tentulah benda2 mati itu, sedangkan manusia entah di mana?  hanya sebahagian sedikit sahaja yang beruntung untuk memakmurkan rumah Allah.
di akhirat nanti Allah akan bertanya di mana jiran2ku kepada malaikat, malaikat bertanya, siapa jiran2mu ya Allah? jiran2Ku ialah orang yang memakmurkan rumahKu(masjid)....
lu orang agak2 mcmn nasib kipas, lampu, suis dan manusia ea di hari akhirat?
atau kita telah mejadikan masjid seperti gereja? hanya dikunjungi seminggu hanya sekali?
mana yang anda mau gaji rm1 atau rm27.........?

Tuesday, March 23, 2010

apa yang kita fikir?

Apa yang kita fikir bila bangon tido waktu pagi? dan pernahkah lu orang fikir apa yang orang2 kapir fikir bila bangon tido?
sama tak agak2nya dengan apa yang kita fikir? kalau sama mungkin kita pon dah tergolong dengan orang2 kafir itu.... Nauzubillah.
Apa yang org kafir fikir bila bangon tido?  mau kerja klu tak kerja nanti miskin, sapa mau bagi makan kalau tak kerja, mau jadi kaya, mau cari uang banyak.. bangon tido mandi siap2 pergi kerja unyuk mencari dunia.. inilah orang kafir........ sama macam kita tak?
tentulah tidak, mudah2an.... insyaAllah
Orang2 islam bangon fikir macamana agama kita untuk hari ini, kan kita kena solat subuh... ini untuk mengingati Allah yang maha pencipta. dan rezeki kan Allah dah janji yang Allah lah yang memberi razeki, tak perlu lah kita berfikiran taksub dengan kerja seperti orang2 kafir itu....

Monday, March 22, 2010

kaya

siapa yang kaya kat sini sila angkat kaki.... blah la... mana ada orang kaya kat dunia ni!  ALLAH lah yang maha kaya.tp kita semua pon boleh jd kaya juga bila kita mensyukuri nikmat2 pemberianNya, dan berasa cukup seadanya walaupun  tak semewah orang lain. janganlah kita memandang apa yang ada pada orang lain yang mewah2 tu. lebih baik pandang diri kita sendiri...... betulkah kita ini benar bersyukur, atau kufur nikmat?
sebenarnya nikmat hidup yang paling besar ialah nikmat amal agama, inilah yang paling susah untuk kita dapatkan,kita mahu usahakan sungguh2 dalam hidup kita. beruntunglah orang yang Allah beri nikmat ini. orang yang banyak berkorban untuk agama, dengan jiwa dan harta. kita patut cemburu dengan orang macam ini...
semoga Allah beri kita kekuatan untuk Amalkan agama, lagi2 pd gua yang selalu lalai ini..

Thursday, March 18, 2010

miskin

ramai orang takut miskin kat dunia yg fana ini termasuk la gua tapi pernah ke kita berfikir akan kemiskinan di akhirat.
janji Allah itu benar, rezeki kita telah ditetapkan dan kita tidak akan dapat lebih dari apa yg telah ditetapkan. Allah yg melapangkan dan menyempitkan hidup hamba2nya,yakinlah.... tapi ramai antara kita yg lupa bila sempit hidup.. kita akan usahakan kerja, tambah overtime, wat part time, suruh wife kerja dll.... tp ini semua tiada dapat memberi rezeki kerana rezeki itu milik Allah, kenapa kita tidak minta kepada Allah.... di mana keyakinan kita sebagai muslim?
kepapaan di akhirat yg gua dan lu orang patut takutkan, kat mahsyar tak ade jabatan agama yg bagi zakat untuk pahala....

Tuesday, March 16, 2010

motorsikal dan kenangan

honda cg125 banyak kenangan gua dengan motor model ni, tapi kat sini sudah diberhentikan keluarannya. gua pakai moto ni pada tahun 1993 hingga 1995. lepas tu moto ni dah jahanam gua kerjakan. tahun lepas body dah jual pada pembeli barang lusuh.
di iran motorsikal ini menguasai hampir 80 peratus penggunaan motorsikal di sana. masih di kekalkan pengeluarannya kerana permintaannya tinggi.

Monday, March 8, 2010

kaum nabi luth

dalam pemerhatian gua,waris kaum nabi luth pada hari ini memang terlalu banyak dekat negara gua. orang tua kebanyakkan lembap langsung tak perihatin kat anak mereka yang dah nak jadi waris kaum nabi luth. dekat ipt melambak2... kat jalan susur depan bomba jangan cakap la.... kat dalam myspace lagi lah byk. yang jadi pengkid pon mak bapak tak kesah. gua pon tak tau nak cakap ape. asalkan anak korang keje dah cukup, agama lu letak mana?  gua risau ni banyak sangat spesis macam ni.... bila gua keluar dari kepompong selalu gua jumpa.  apa masa depan mereka beb?

Thursday, March 4, 2010

bila nak buat potong jambul?

Alhamdulillah.... pagi 12 rabiul awal, bini gua selamat melahirkan seorang anak lelaki(1st) yang sempurna sifat...  setelah bini gua keluar hospital banyak mulut bertanya bila mau buat potong jambul....?  gua cakap gua nak gondolkan je rambut anak gua tu sendiri... kan yang sunnah rambut anak tu dipotong dan di nilai, dan uangnya di sedekahkan..  banyak sangatlah percampuran adat dan syariat, ramai yang keliru...?

Saturday, February 20, 2010

ape ade pada wahabi

dekat malaya ni byk org2 & blog2 yg kutuk wahabi. ntah ape2 la lu org ni...
suka bergaduh dgn sesuatu masalah yg kecil2.. macam bangang org islam mcm ni..
apelah sgt tak baca qunut, tak baca doa lepas solat, tak baca talkin pada mayat, dll.. sebab perasan diri betul sebab tu jadi macam ni, sampai tak selesai semua masalah.... yang namanya islam tapi perangai macam kapir tak pulak kita sibukkan.. gua pon tak faham dengan dunia ni.. semoga Allah amponkan dosa2 gua dan seluruh umat, tunjukkanlah kami jalan yang benar....

Monday, February 15, 2010

maulud oh maulud

 
minggu ni sibuk orang malaysia pasal maulud, nak berarak katanya tapi ade yang tak bagilah katanya lagi lg.. politik oh politik.....
penting sangatke mende ni?  gua pon belom pernah jumpa dalam mana2 hadis atau riwayat pasal mende ni, tapi entahlah..... akhir zaman ni manusia lebih suka buat mende2 yang baru dibuat ni.
adalah lebih baik puak ni berusaha macam ni dalam bab2 yang jelas seperti solat dan aurat.
cintakan nabi s.a.w ikut sunnahnya, selawat padanya hari2, setiap waktu bukan setahun sekali... usahakan atas diri kita sungguh2 mau ikut apa yang nabi s.a.w dan sahabat r.a amalkan..  ni apa barang berarak2?

Saturday, February 6, 2010

Iran Air

Ini ialah kapal terbang negara Iran yang majoritinya berfahaman syiah. Gua naik kapal terbang ini lah masa pergi Iran hari tu. Satu2nya yang gua cukup suka dengan kapal terbang ini walaupun ianya mungkin tak sehebat fly emirates ialah ia ada musolla di dalamnya, mmg senang gua nak solat....  kapal terbang negara mana lagi yang ada musolla? 

Friday, February 5, 2010

ade ke patut?

Semalam gua semasa nak balik untuk pergi solat jumaat melalui sebatang jalanraya di dalam sebuah taman perumahan... tapi ade ke patut ade polis sedang buat roadblock pada waktu tu? gua lalu jalan tu kira2 pukul 12.20 tengah hari. tapi Allah mudahkan gua kerana pak polis tu tak tahan gua. yang gua lihat mereka tengah tahan orang2 lain, dan kebanyakannya orang melayu la dan polis tu pon same2 orang melayu gak..
kan lebih baik pak polis tu lepak masjid,kerana ganjarannya lebih besar.. kesian gua tengok orang2 yang kene tahan tu, dah la tergesa2 balik dari tempat kerja pastu nak makan, mandi dan nak pergi solat jumaat lagi... hai entahlah dunia2.. kalau nak tahan pon jangan la waktu tu pak polis, jual beli pon haram tau pada waktu solat jumaat.
semoga ALLAH beri kita kefahaman dalam agama, InsyaAllah.

Thursday, February 4, 2010

rezeki

Dalam kehidupan dunia yang penuh tipu daya ini, ramai manusia terpesona, gua pon sama.
tak boleh lari dari tarikan keduniaan. entah macamana gua nak lari. tapi ape nak risaukan sangat ALLAH dah menyatakan bahawa ALLAH lah yang melapangkan dan membataskan setiap rezeki setiap makhlukNYA.
Gua yakin tanpa usaha pon ALLAH boleh datangkan rezeki, tp bukan maksud gua tak berusaha. dan gua yakin dengan usaha pon ALLAH boleh membataskan rezeki.... sebenarnya usaha kita takde ape2 pon, ALLAH lah yang telah menetapkan takdir kita..
dan ini bukan bermaksud kita tak perlu atau meninggalkan usaha.
inilah yang terjadi dalam hidop gua. mungkin ALLAH tarbiah gua yang usaha gua tak ade ape2............ hak ALLAH untuk melapangkan atau membataskan rezeki hamba2NYA.
dan siapa yang diberikan lebihan rezeki dituntut untuk infakkan sebahagian rezeki pada jalanNYA mudah2an kita tak termasuk dalam golongan yang kikir.
semoga ALLAH bagi dan kekalkan dalam hidayah pada gua dan seluruh umat.

Sunday, January 31, 2010

alhamdulillah




Syukur kepada ALLAH tuhan sekalian makhluk, gua dah balik malaysia dengan selamatnya.

Wednesday, January 20, 2010

mintak tolong

salam.. kepada sesiapa yg terbaca gua nk mnta tolong bg pandangan....
dekat sini ada seorang iban mau masuk islam. tolong bg idea untuk gua buat mcmn?
byk2 org islam kat sini, diaotang main tolak2 pd org lain, walaupon mereka lebih tua dr gua... patut la islam susah nak berkembang. sepatutnya ini adalah tanggungjawab bersama....
so si dia ni mntak Al quran gua dan buku2 berkaitan islam. boleh ke gua nak bg beliau Al quran ni... tp gua pya Al quran ada dgn terjemahan sekali.. boleh gak beliau baca.. so apa pandangan lu orang?

Tuesday, January 19, 2010

keliru

gua semakin keliru gak la... sebab semakin gua nak jd tua ni gua byk jmp org yg mcm tua la. yang gua hairan diaorang mmg betol2 risau ttg anak bini & keluarga, bagusla tu... hehehe... tp semua psl takut xcukup makan bkn xckp iman.. HAMPEH!
gua jd bosan nak berbual dgn org2 mcm ni, patutnye cerita la soal nak mati ke, boleh la tambah ilmu pd gua yg memang kutu ni... risau anak xmakan la, nnt nk duduk mn la.. gaji pon dah besar msh xckp lagi... nak ckp pemende! dah mula nak bisnes.. kne la modal dlu, sibuk risau bisnes pulak.... takut nnt kerja yg sekarang ni dah xade @ xlarat.. pk bisnes hr2, bl plk nak pk mati? inikah mentaliti sbhgn bsr org melayu...?

Thursday, January 14, 2010

malaysia tanahairku

dlm brp bln gua kat iran ni macam2 berita pasal negara gua. yang plg hangat mesti psl agama islam & org melayu. kes wahabi, syiah, islam arus perdana( mainstream)... islam underground ade ke? dan yg terbaru psl kalimah ALLAH.
agak2 kenape org melayu asyik nk melenting je ea? bangsa lain pon islam gak.. tp kenape org melayu yg lebih hebat melentingnya? takut anak mereka jd kapir la kononnye....kesian nnt jd keliru katanye..... xyah la skrg pon dah ramai yg keliru..
mcm lagu ramli sarip tu...... huhu..
keliru antara agama & budaya. syariat & adat..... & macam2 lagilah.........