Thursday, September 30, 2010

istimewa seorang insan

inilah wajah insan teristimewa bersama insan terpilih

Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t kerana nikmat-nikmat kehidupan yang di beri.
lihatlah tuan, wajah ini... insan istimewa yang Allah s.w.t hantar untuk nusrah kami di masjid sebuah perkampung nelayan.
beliau datang untuk menguji kesabaran kami, hanya doa yang kami panjatkan kepada Allah s.w.t atas apa yang berlaku dalam melayani kerenahnya.... tapi kadang-kadang rasa seronok pulak melayani kerenah beliau.
beginilah keadaan agama di sini, tiada orang tempatan yang datang untuk nusrah kerana di sini ketandusan karkun. pak imam, pak bilal dan orang-orang kuat masjid pon ambil cuti bila jemaah kami datang. dan rampasan kuasa pon berlaku.....
Ya Allah... ampunkan kami dan seluruh umat,
semuanya salah kami, kami tak buat kerja, iman kami lemah Ya Allah,
kami buat kerja main-main, sehingga umat jauh dari agamaMu....
Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah...
kau terimalah taubat kami Ya Allah...

Wednesday, September 29, 2010

kemuliaan umat

seorang orang lama telah berpesan kepada aku, " kita sentiasa dalam rahmat dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t bila mana kita berasa bersalah di atas kesalahan orang lain...." dan dengan itu kitalah yang akan menangis meminta ampun dan doa dari Allah s.w.t di atas kesalahan orang-orang lain dan diri kita sendiri.
satu sifat yang menyalahkan diri kita atas kesalahan umat, rasa tanggungjawab di atas kemungkaran yang orang lain lakukan kerana kita tidak sampaikan dakwah kepada mereka, tidak beritahu pada mereka, atas sebab itu kasihanlah kepada mereka.
selagi sifat ini ada pada diri kita, InsyaAllah Allah s.w.t akan merahmati kita.
tapi ada lagi ke sifat macam ini dalam diri setiap muslim....?
atau sifat "biaq pi" atau pentingkan diri sendiri.... lu lu, gua gua... aku peduli ape, janji aku dah buat.... orang lain dia punya pasal!

Tuesday, September 21, 2010

keluhan

semasa di kapal hari itu aku selalu bersembang dengan seorang islam berbangsa iban, banyak perbicaraan kami berkisar pada keluhan dia dan kerisauan dia tentang agama islam yang di anutinya. dia dahagakan ilmu, tapi orang2 islam di situ langsung tidak pernah ikram dia, cerita2 tentang islam... apatah lagi untuk mengajar dia. akhlak orang islam amat memalukan dan aku sendiri menyedarinya. apakah pemikiran mereka berfikir semua itu tugas ustaz dan ulama'?  dan aku sudah beberapa kali terjumpa situasi ini...
lagi satu aku tanya dia selama dia memeluk islam, pernah tak dia terima wang zakat? dia cakap tak pernah..
yang dia dapat adalah sumbangan hari raya sebanyak rm80, itu pon baru satu kali....
lagi satu keburukan yang aku nampak tentang orang islam, mana perginya wang2 zakat yg patut di bagi pada mereka ini? saban tahun jabatan2 agama berbangga2 dengan kutipan zakat yg mencecah jutaan rm...
tp untuk apa rm itu?  bernilai sangatkah rm? atau menilai satu kejayaan dlm agama dgn nilai rm? banyak sangat alasan yg mereka untuk membantu golongan mualaf ini.... dan yg paling top adalah takut salah bagi lah..... mereka buat saham wakaf banyak2, duit simpan bergunung2.... nak buat ape?
si iban mengeluh lagi pasal kes murtad yg menimpa keluarga dan bangsa2 beliau, sungguh banyak kes ini berlaku.... antara sebabnya adalah mereka di biar terkapai2 setelah di islamkan, tiada tindakan susulan oleh jabatan yg bertanggungjawab, jabatan yg suka menyimpan wang zakat dan sukar untuk menyalurkan kepada golongan asnaf... hahaha, inilah realiti orang melayu yang berbangsa melayu....
banyak lagi keluhan beliau pada aku....
kesimpulannya semua kesalahannya terletak pada orang2 islam sendiri, amalan kita banyak yg rosak, kita menyanjung sangat rm, cintakan dunia sehingga dakwah yg mudah2 pon kita tidak buleh lakukan... kerana amalan hidup kita yang sudah lari dari garisan2 agama yang menepati Al quran dan sunnah....

Sunday, September 19, 2010

celaru

hari inirata- rata kita tentu sibuk tentang kes serial killer tentang jutawan kosmetik. pelbagai teori konspirasi, gosip dan spekulasi kita dengari saban hari.
tapi aku nak bincang kat sini adalah bukan pasal pembunuhan, tapi pasal wanita keluar rumah tanpa muhrim dengan di temani lelaki bukan muhrim , ini yang aku nampak... walau apa pon alasan pon, termasuklah urusan perniagaan berbilion ringgit tetap matlamat tidak akan menghalalkan cara. Allah swt telah menetapkan hukum,tertib dan adab untuk wanita-wanita islam keluar rumah, teapi kita sering memandang enteng perintah Allah swt. sehingga berlaku kes seperti jutawan itu, kita sibuk menyalahkan orang yg membunuh...... walhal orang yang terbunuh pon ada mempunyai kesalahan tidak kurang besarnya di sisi Allah swt.
sepatutnya kita sebagai umat islam wajib menuruti perintah dan larangan Allah swt. cuba anda bayangkan dan fikirkan, jika wanita-wanita islam menuruti perintah Allah swt untuk keluar rumah, iaitu menutup aurat ( lengkap dengan memakai purdah ) dan dengan muhrimnya... agak-agak terpelihara atau tidak maruah mereka?
sekarang ini kita sudah lupa dengan Allah swt, sebab tu kita di hina.. lihatlah macamana Allah hina wanita-wanita kita... di bunuh, di rogol, mengandung luar nikah, membuang bayi dan macam-macam lagilah...
lelaki-lelaki kita tidak kurang hebatnya seperti itu juga.... inilah satu penghinaan Allah swt kepada umat islam kerana kita telah melupakanNya dan terlalu mementingkan dunia.... tunggu dan lihat, pasti dan pasti akan ada banyak lagi dan macam-macam masalah akan timbul dalam kehidupan umat akan berlaku selagi kita tidak berbalik kehidupan ini kepada ALLAH TAALA. buatlah apa-apa pon program dan perancangan sosial selagi tidak bersesuaian dengan kehendak AL QURAN dan SUNNAH RASULULLAH SAW selagi itu masalah tidak akan selesai, yang akan bertambah adalah masalah dan masalah dan masalah........

Saturday, September 4, 2010

aidilfitri

selamat hari raya aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat, jika ada salah dan silap mohon ampun dan maaf.
maaf zahir dan batin.