Friday, November 19, 2010

kepentigan solat

Air Tangan Orang Tak Solat

by Muhammad Asyraf Mohd on Tuesday, 16 November 2010 at 07:17
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar,dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalaumeninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudahberumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar),"kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamildan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Diadah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat NabiMuhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payahbuat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa,brgsiapa bernazar, walaupun haram,tetap kena laksanakan nazar tu..lalu,si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgnNabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..lalu,Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjinghitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh drbumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu,lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh NabiMusa tadi...

Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan airyg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab airtangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepadamuslimat sekalian, peliharalah solat, sbb kalau meninggalkan solat(kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan,nasi, dsb..anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak.takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan orgtinggalkan solat..tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni..pagi petang..

mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukangmasak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia...gelap lahhati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kitamakan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solatkepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lainmemadai diutus melalui Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali(&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum."maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yglemah di bawah tanggunganmu.

" jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya,kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak

Sunday, November 14, 2010

janggut


alasan menyimpan janggut.


 Ada Ulama yang berpendapat bahawa hukum menyimpan janggut adalah sunat dan ada yang mengatakan, ia adalah wajib.

Tetapi, pendapat yang paling jelas ialah wajib. Ini kerana, terdapat dalil sahih daripada Rasulullah s.a.w. Antaranya,

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” - Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

Jadi, anda dinasihatkan supaya mengikut apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Hukum menyimpan janggut adalah wajib bagi lelaki. Tetapi, terdapat ulama yang menyatakan sunat. Dengan alasan, ia hanya perbuatan Rasulullah s.a.w.

Hujah ini tidak jelas kerana terdapat dalil yang banyak daripada hadis Rasulullah s.a.w yang menyamakan seseorang Muslim yang tidak menyimpan janggut dengan suatu kaum yang lain.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak menyimpan janggut. Oleh itu, anda tidak boleh menyerupai mereka. Ini salah satu daripada tatacara kehidupan mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka.”- Hadis riwayat Ahmad.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Bukanlah daripada umatku seseorang yang lain daripada kami. Oleh itu, janganlah kamu mengikut Yahudi dan Nasrani.”- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Ibn Taimiyyah berkata:
“Haram jika memotong janggut (mencukur janggut). Terdapat dalil daripada al-Quran, Sunnah dan ijmak mengenai larangan meniru gaya orang-orang kafir. Meniru gaya hidup dan akhlak mereka adalah satu perkara yang keji dan termasuk dalam akidah seseorang itu. ”

Imam Ibn Abdul Bar dalam Kitab al-Tamhid:
“Haram mencukur janggut. Jangan lakukannya kecuali Khunsa (yang mempunyai dua kemaluan) daripada lelaki.”

Seseorang yang mencukur janggut seolah-olah meniru gaya perempuan. Inilah yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Menyimpan janggut adalah syiar Islam. Ia adalah akhlak para nabi dan orang-orang yang soleh.

Ia adalah salah satu kemuliaan dan penghargaan kepada lelaki. Rasulullah s.a.w amat mengalakkan seseorang Muslim menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.

Sebagai seorang Muslim, kita tidak digalakkan menyoal atau menafikan sesuatu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Ingatlah, setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah perintah dari ALLAH. Perintah ini bersifat Tauqifi, iaitu sesuatu yang perlu diterima tanpa mempersoalkannya.

Cuba anda teliti kisah-kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Terlalu mudah untuk kita praktikan dalam hidup. Tidak ada yang menyusahkan diri jika kita terima sesuatu yang disampaikan itu menetapi apa yang ALLAH dan Rasulullah s.a.w tetapkan.

Oleh itu, bertakwalah mengikut kemampuan anda. Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah s.a.w yang membawa kepada hukum yang wajib. Ikutilah sunnah baginda, anda akan bahagia di dunia dan akhirat

Monday, November 8, 2010

fikiran yang berfikir

nikmat berfikir?
adakah kita pernah terfikir tentang nikmat berfikir?
yang pernah terfikir tentang nikmat berfikir adalah tentunya mereka yang berfikir,
dan mereka yang berfikir tentang nikmat berfikir tentunya yang selalu berfikir,
mereka yang selalu berfikir tentunya mereka ini selalu berfikir apa-apa yang boleh di fikirkan,
dan yang terbaik adalah fikir agama, iman dan amal..... inilah nikmat berfikir sebenarnya..
keluasan dan kebebasan berfikir tanpa ada batasan, cuma kita jangan fikirkan Zat Allah swt sudahlah...

rata-rata antara kita hari ini begitu malas untuk berfikir, mereka hanya mengikut membuta tuli tanpa ada panduan. apa itu panduan?
panduan hidup kita ialah Al quran dan sunnah baginda saw.
lihatlah bagaimana kita mengamalkan adat dan budaya yang bercanggah dengan syarak, kenapa sampai sekarang pon mereka masih mengamalkannya?
itu belum lagi perihal anggota keselamatan negara ini yang tidak membenarkan anggota mereka membela janggut?  macam bodoh pulak bila di fikir, tiada alasan yang konkrit bila diajukan soalan kepada mereka dan bisa kita ketawa dong mendengar jawapan dari mulut mereka. sedangkan askar di israel pon di benarkan membela janggut yang panjang-panjang...

apa yang anda boleh fikirkan tentang gambar ini?
kelemahan berfikir tidak terletak bagi mereka yang tidak bersekolah sahaja tetapi di semua golongan yang atas atau yang bawah, yang berpangkat tinggi atau rendah, yang berkuasa atau tidak, yang bekerja atau tidak...........