Wednesday, June 30, 2010

kejayaan

becakap pasal kejayaan hidup, ramai mentafsirkan dan menilai dengan kedudukan meterial, pangkat, darjat.. hukum apakah yang kita pakai? jika kita beragama islam dan mengikut sunnah baginda s.a.w, kita tidak akan berfikiran begitu... kita akan cuba melawan perasaan ini dengan sekuat2nya,walaupun  memang terasa berat di hati... kerana kita sememangnya tahu yang kejayaan manusia adalah dalam agama, baginda nabi s.a.w menolak gunung uhud di jadikan emas... bermakna baginda sememangnya tidak mahukan kepada kemahsyuran kebendaan dan material.. lihatlah sekarang, zaman ini para ulama'2 dunia kebanyakannya pon mencintai kekayaan dan kemahsyuran.... orang2 miskin terhina.. padahal dalam harta kita terdapat hak2 mereka...banyak kerosakan bila umat islam lebih mencintai dunia, lihatlah apa yang berlaku pada zakat....? barat telah berjaya mendidik dan memacu pemikiran kita, inilah sebenarnya motif penjajahan mereka... terasa benar apa yg mereka sampaikan....

Wednesday, June 9, 2010

seorang telah bertanya... kenapa kamu tidak menyokong parti kami jika kamu ini cintakan islam? (ini mungkin kerana gua tak suka bercerita hal politik dengan beliau dan tak mau pergi ceramah politik yang banyak caci mencaci itu)
gua jawab....... kenapa kamu susah datang ke masjid untuk bersolat fardhu berjemaah jika kamu dan parti kamu benar2 cintakan islam...........? (beliau tersenyum simpol)
beliau bertanya lagi..... kita kena dapatkan negara ini, tukar pemerintahan supaya senang nak amalkan islam, sebab tu kamu mesti undi parti kami....
gua jawab lagi....... sekarang pon senang nak amal islam, mau atau tidak sahaje.... mari penuhkan masjid kerana rahmat Allah turun di rumah2NYA..
gua tambah lagi, dulu rasulullah tak perlukan negara untuk amalkan islam...... yang penting kita umat islamlah yang kena amalkan islam...... walaupon di mana kita berada.
APAKAH ITU ISLAM?

Monday, June 7, 2010

kubur kita dan kubur mereka

ini adalah perkuburan baqi'. tempat bersemadi para sahabat2 r.a, tabi'in, solihin dan syuhada.... lihatlah perkuburan mereka mengikut apa yang di wasiatkan oleh baginda nabi s.a.w...  jangan meninggikan dan menghias kuburan..


 dan ini kubur kita.... tinggi dan di hiasi dengan batu, dan mungkin marmar.  betapa cantik, tetapi berat untuk di tanggung oleh mayat......... manakah sunnah?  atau terlebih kepada bidaah?
lihat umat islam di kuburan, betapa banyak bidaah yang kita lakukan tanpa di sedari.......... semakin hari semakin bertambah. yang gua nampak apa yang orang kafir buat kita ikut...... mudah sungguh umat islam hari ini di pengaruhi, tidak seperti para2 sahabat r.a....
semoga Allah memberi kita kekuatan dari melakukan perkara2 baru dalam agama(bidaah)........