Wednesday, April 7, 2010

lagu tema saya anti rasuah

http://www.youtube.com/watch?v=KXpmczhWlQU
sapa makan cili dia rasa pedas...
sapa tolak rasuah kerana takutkan Allah, insyaAllah ada ganjaran di hari kemudian...

Sunday, April 4, 2010

air

apa yang gua lihat sekarang ini manusia semakin sibuk dengan entah apa2.... sampai tak sempat nak berfikir pasal kehidupan akan datang selepas kematian. bukan itu saje, hari esok pon mereka tak nak fikir, yang mereka mau fikir macmana mau tambah uwang pak, mau kaya dan mereka terus rakus macam yakjuj dan makjuj, mereka terus menerus merosakkan bumi Allah ini.. antaranya ialah sungai2 kat kampung gua dah macam air susu sampaikan gua yang kaki pancing pon dah jarang turun memancing..... ape yang gua lihat adalah sumber air bersih memang dah semakin kritikal, ini pon gua tengok ramai yang masih tak sedar lagi terutamanya kerajaan negara gua ni. habis hutan beribu2 ekar kat kampung gua kena tolak untuk di jadikan ladang kelapa sawit bertujuan supaya dapat memberi peluang kepada warga2 indon memenuhi kampong gua.. gua rasa tak sampai satu abad lagi air akan menjadi masalah baru kepada manusia.... sepatutnya dari sekarang kita sudah ada kesedaran untuk menjaga sumber2nya. lu lihat, kat rumah2 kebanyakan orang dah pasang penapis air yang dijual secara piramid(mlm)...... memang mangkok. ini membuktikan ketidakbersihan air kita.... pernah lu orang tengok kerajaan singapura menjaga sumber air mereka di negara kita(linggiu dan pulai)...
akhir kata,teruskan usaha mu, teruskanlah mencemar wahai saudara2 ku, sehingga kamu mengeluh satu hari nanti.....

hubungan

Semalam gua dengar bayan seorang ustaz, banyak ilmu yang gua dapat dari beliau... tapi satu yang gua betul2 terkesan iaitu beliau menyatakan mengapa sekarang orang islam di hina, di caci, di sembelih, dan macam2 kehinaan lagi........ sebabnya adalah kerana orang islam MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN ALLAH.
Dulu zaman sahabat ketika orang islam dihina, mereka mendapat bantuan dari Allah, kerana mereka sentiasa merapatkan diri kepada Allah s.w.t yang maha memelihara dalam ape jua  keadaan sehingga dalam peperangan bantuan Allah bantuan Allah dengan jelas telah sampai pada mereka.
Sekarang kebanyakan dari kita memutuskan terus hubungan dengan Allah, sebab itu Allah membiarkan kita terus dihina, dicaci, disembelih, diperkudakan oleh orang2 kapir....