Thursday, April 14, 2011

keadaan kita hari ini.

Salman r.a meriwayatkan sabdaan Baginda saw bahawa apabila perkataan bertambah dan amalan berhenti yakni syarahan-syarahan didapati ada banyak tetapi amalan mengikutnya tidak dilakukan, di kalangan manusia pula ada persatuan dari segi percakapan tetapi hati-hati tidak satu, dan saudara mara memutus hubungan antara satu dengan yang lain, Maka Allah swt menjauhkan kaum itu dari kurniaNya dan pekakkan dan butakan mereka. Sabdaan Baginda saw yang suci ini telah pon di riwayatkan oleh Hasan r.a apabila manusia menzahirkan ilmu tetapi menghapuskan amalannya dan menzahirkan kecintaan dengan lidah tetapi di dalam hati ada kebencian dan juga memutuskan hubungan persaudaraan maka Allah swt menjauhkan mereka dari kurniaanNya dan juga butakan dan pekakkan mereka. Kemudian mereka tidak melihat jalan yang haq dan tidak juga sampai perkataan yang haq pada telinga mereka.

p/s: agama ini berkehendak pada pengorbanan dan mujahadah seperti yang telah di lakukan olehsahabat-sahabat r.a tetapi sedihnya hari ini kita lebih suka bercakap tanpa membuat sebarang usaha.