Friday, May 13, 2011

oh dunia

Nabi saw bersabda barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai matlamat dan tujuan hidupnya mereka akan terperangkap dalam empat perkara,
1.kegelisahan yang tidak pernah rasa tenang, kegelisahan ini adalah kerana ingin sentiasa menambah pendapatan yabg dirasakannya tidak cukup-cukup dan tidak pernah cukup walaupon hakikatnya hartanya sudah melebihi keperluan.
2.kesibukkan yang tiada berkesudahan, mereka disibukkan dan dilalaikan oleh dunia yang fana ini hingga tiada masa untuk memikirkan tentang agama dan suruhannya apatah lagi untuk melakukan amal. walaupon dalam keadaan diri mereka selesa seperti bercuti pon mereka merasakan diri mereka sibuk.
3.kemiskinan yang sentiasa dirasai dan ditakuti, mereka tetap merasa diri mereka miskin dari harta walaupon hakikatnya harta itu telah melebihi keperluan hidopnya.
4.panjang angan angan yang tidak akan tercapai sehinggalah roh tepisah dari jasad.

hari ini marilah kita fikir atas diri kita, apakah matlamat hidup kita ini? adakah kita sanggup masuk ke dalam perangkap-perangkap di atas?
tepuk dada tanyalah iman kita...