Saturday, February 20, 2010

ape ade pada wahabi

dekat malaya ni byk org2 & blog2 yg kutuk wahabi. ntah ape2 la lu org ni...
suka bergaduh dgn sesuatu masalah yg kecil2.. macam bangang org islam mcm ni..
apelah sgt tak baca qunut, tak baca doa lepas solat, tak baca talkin pada mayat, dll.. sebab perasan diri betul sebab tu jadi macam ni, sampai tak selesai semua masalah.... yang namanya islam tapi perangai macam kapir tak pulak kita sibukkan.. gua pon tak faham dengan dunia ni.. semoga Allah amponkan dosa2 gua dan seluruh umat, tunjukkanlah kami jalan yang benar....

1 comment:

  1. Salam,
    setuju, semoga umat Islam tak bergaduh benda2 macam tu. Sebab benda yg dikatakan oleh tuan sebenarnya adalah perselisihan dalam 4 mazhab, itu pun soal furuk (cabang kecil). Dan keempat-empat mazhab tu adalah betul dan terpulang hendak yg mengikut yang mana, cuma ulama menentukan ada adab tertentu untuk menukar taklid (mengikut) contohnya dgn ilmu dan dari awal. Tu takde bende tu.
    Bab wahabi ni lain sikit, contohnya dalam bab bidaah ulama muktabar termasuk dlm 4 mazhab bahagikan bidaah kepada dua iaitu hassanah (baik) dan dholalah (sesat).
    Contohnya, Nabi. s.a.w tak pernah buat madrasah, jadi bina madrasah adalah bidaah, tapi bidaah hasanah, bahkan ada ulama kata bidaah wajib. Dan bidaah terbahagi kepada 5 bahagian.
    Buat menara masjid juga tak pernah dibuat nabi, maka itu adalah bidaah, tapi bidaah hasanah. Dan byk juga yg tak dibuat oleh Nabi s.a.w tetapi dibuat oleh sahabat kerana sahabat buat bidaah hassanah.

    Tapi puak wahabi kata semua bidaah adalah sesat belaka.
    pasal tu wahabi tuduh tabligh buat bidaah sesat dgn mendakwa tempoh tertentu 3 hari, 40 hari dan 4 bulan sebagai bidaah.
    Antara contoh lain, wahabi kata kitab fadhail amal perlu dibakar sahaja kerana mengandungi hadis dhaif, palsu. Nauzubillah.
    Bagi wahabi, kitab bukhari, muslim... etc (sunnan sittah) sudah mencukupi dan tak perlu lagi kitab hadis lain termasuk fadhail amal.
    Begitu juga, wahabi mengatakan tak perlu ikut mazhab kerana 3 generasi awal, (salafusolehin) tak mengikut mazhab pun. Kononnya kata mereka al-Quran dan Sunnah sudah cukup, yg lain tak perlu.

    Contohnya, memang lah 3 generasi terutama sahabat memang tak perlu kitab bukhari, muslim etc.. sebab mereka sendiri dengar hadis daripada rasulullah. (Imam bukhari etc adalah generasi kemudian).
    Begitu juga sahabat2 tak perlukan mazhab sebab mereka belajar terus daripada nabi.

    Tetapi timbul 4 mazhab adalah rahmat dan hikmah zaman daripada Allah untuk memudahkan umat beramal.
    Begitu juga, soal ilmu hadis yang diterangkan dengan terperinci oleh maulana2 hadis yg menulis syarah berdasarkan sunnan sittah tadi.

    Orang Wahabi biasanya tak mengaku wahabi tapi mengaku Salafi. Di Indon usaha mereka maju, contoh blog wahabi boleh cklik kat bawah:

    http://belajaralislam.wordpress.com/2009/01/10/kesesatannya-jamaah-tabligh/

    Apapun, kita doakan hidayah untuk semua umat Islam dan usaha kita tak perlu lah bergaduh2 dgn sesiapa.
    Waallahu alam.

    ReplyDelete