Friday, August 6, 2010

kisah goreng pisang

seorang makcik tua sedang sibuk melayan pelanggan di warung goreng pisangnya, sambil menggoreng beliau berbual-bual dengan pelanggan-pelanggannya. tiba-tiba datang seorang pelanggan datang kepada ibu tersebut dan berkata " makcik kat simpang tu ade kemalangan la, teruk juga budak yang kena langgar tu... tak boleh bangon."  sambil melayan pelanggan dan menggoreng pisang makcik tu menjawab " ye ke?  anak sape la tu.... biarkan anak-anak main tengah jalan, teruk ke budak tu......?" beliau tidak mengendahkan sangat akan kemalangan itu, beliau berfikir perniagaan goreng pisang itu lebih bernilai dari menyelamatkan budak itu. dan  seorang kenalan makcik itu datang tergesa-gesa dan berkata " makcik! anak makcik kemalangan kat simpang tu!, teruk! parah tu makcik!"      makcik tu menjawab " ya Allah, anakku... macamana dia sekarang?" sambil tergesa-gesa mematikan api dapur goreng pisang dan ingin segera ke tempat kejadian untuk menyelamatkan anaknya.... seorang palanggan bertanya " macamana dengan goreng pisang ini makcik?    siapa yang nak goreng ni, kami nak beli ni.... tak takut rugi ke?"  makcik itu menjawab " itu anak aku!  kau tau tak!  anak aku tu!!!!!   biarlah goreng pisang ni, anak aku tu lebih bernilai dari pisang goreng ini......." sambil berlari makcik itu meninggalkan warung goreng pisangnya untuk pergi menyelamatkan anaknya............... tamat....

tamsil :  anak pada cerita di atas ialah agama kita(islam), makcik itu pula ialah kita(umat islam) dan perniagaan goreng pisang itu ialah dunia( dunia yang selalu melalaikan kita).
beginilah keadaan kita sekarang, agama kita telah parah sekarang ini, siapakah yang ingin menyelamatkannya kalau bukan kita ( umat islam )?

3 comments:

  1. tamsil dr masyaikh: Agama seperti jenazah. yg menguruskan jenazah adalah org Islam. Sebaik-baik yg menguruskn jenazah adalah ahli keluarga sendiri sbb ada fikir risau. Tidak mengurusnya sambil ketawa atau mengerjakannya secara part time.

    ReplyDelete
  2. SubhanALLAH, kehidupan dunia sentiasa melalaikan kita dari bt usaha atas iman dan amal..

    Dlm sebuah hadis, bertanya pula seseorang kepada Rasulullah S.A.W mengenai perbandingan antara dunia dan akhirat, maka jawab baginda S.A.W: " Celupkan jarimu ke air laut, maka air yg menitis dari hujung jarimu itulah dunia, maka air yg selebihnya tertinggal di lautan itulah akhirat."

    hidayah ALLAH akan turun mencurah-curah dan nusrah ALLAH akan dtg, sekiranya kita melakukan sesuatu mengikut kehendak ALLAH, ikut cara Nabi S.A.W..

    InsyaALLAH, sama2 doakan hidayah umat seluruh alam.

    ReplyDelete
  3. baru-baru ni syura bayan pasal ni. tamsil ni memang dah selalu diulang dan perlu diulang lagi dan lagi oleh kita.

    ReplyDelete