Tuesday, September 21, 2010

keluhan

semasa di kapal hari itu aku selalu bersembang dengan seorang islam berbangsa iban, banyak perbicaraan kami berkisar pada keluhan dia dan kerisauan dia tentang agama islam yang di anutinya. dia dahagakan ilmu, tapi orang2 islam di situ langsung tidak pernah ikram dia, cerita2 tentang islam... apatah lagi untuk mengajar dia. akhlak orang islam amat memalukan dan aku sendiri menyedarinya. apakah pemikiran mereka berfikir semua itu tugas ustaz dan ulama'?  dan aku sudah beberapa kali terjumpa situasi ini...
lagi satu aku tanya dia selama dia memeluk islam, pernah tak dia terima wang zakat? dia cakap tak pernah..
yang dia dapat adalah sumbangan hari raya sebanyak rm80, itu pon baru satu kali....
lagi satu keburukan yang aku nampak tentang orang islam, mana perginya wang2 zakat yg patut di bagi pada mereka ini? saban tahun jabatan2 agama berbangga2 dengan kutipan zakat yg mencecah jutaan rm...
tp untuk apa rm itu?  bernilai sangatkah rm? atau menilai satu kejayaan dlm agama dgn nilai rm? banyak sangat alasan yg mereka untuk membantu golongan mualaf ini.... dan yg paling top adalah takut salah bagi lah..... mereka buat saham wakaf banyak2, duit simpan bergunung2.... nak buat ape?
si iban mengeluh lagi pasal kes murtad yg menimpa keluarga dan bangsa2 beliau, sungguh banyak kes ini berlaku.... antara sebabnya adalah mereka di biar terkapai2 setelah di islamkan, tiada tindakan susulan oleh jabatan yg bertanggungjawab, jabatan yg suka menyimpan wang zakat dan sukar untuk menyalurkan kepada golongan asnaf... hahaha, inilah realiti orang melayu yang berbangsa melayu....
banyak lagi keluhan beliau pada aku....
kesimpulannya semua kesalahannya terletak pada orang2 islam sendiri, amalan kita banyak yg rosak, kita menyanjung sangat rm, cintakan dunia sehingga dakwah yg mudah2 pon kita tidak buleh lakukan... kerana amalan hidup kita yang sudah lari dari garisan2 agama yang menepati Al quran dan sunnah....

2 comments: