Friday, February 11, 2011

sama tapi berbeza

"orang-orang ahli dunia pun makan dan kita pun makan,
mereka memakai pakaian kita pun memakai pakaian juga. mereka mempunyai harta yang melebihi keperluan mereka, tetapi tidak digunakannya, hanyalah melihat sahaja.
kita pun melihat harta (yang ada pada orang lain). jadi dari segi melihat harta, kita adalah sama taraf dengan        mereka.
mereka tidak gunakan harta, hanya melihat sahaja, kita pun sama, kita pun serupa.
TETAPI esok mereka mesti menghadapi hisab, sedangkan kita akan terlepas (sebabnya harta itu bukan milik kita)."  Abu Darda r.a (fadhilat sedekah)

apakah yang kita dapat tamsilkan dari kata-kata abu darda r.a itu?
tanyalah iman kita yang ada dalam diri kita, pasti masing-masing ada jawapannya di dalam diri sendiri.....
abu darda r.a adalah seorang sahabat r.a yang zuhud.

2 comments:

  1. Semoga Allah golongkan kita semua daripada golongan yang masuk syurga tanpa hisab.. tak mampu nak menjawab sih..

    ReplyDelete
  2. bro.. jangan jawab, simpan dalam hati je..
    hati aku ni bergolak dengar kata-kata dari hazrat abu darda r.a ni.... takut-takut kalau kena hisab,memang habislah aku nanti..

    ReplyDelete