Tuesday, February 1, 2011

yakin ?

dulu masa zaman aku sekolah agama di negeri johor, hari-hari kena ikrar ucap syahadah semasa perhimpunan sebelom masuk....
" aku naik saksi tiada tuhan yang di sembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan nabi muhammad itu pesuruh Allah"
inilah kalimah toyibah yang kita kena usahakan atas diri kita sepanjang masa selagi hayat dikandung badan. inilah kalimah iman.
inilah kalimah yang mudah di ucap tetapi susah untuk di masukkan ke dalam hati.. ini adalah keyakinan kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah swt.  isbathkankan Allah swt nafikan makhluk.
adakah kita benar-benar yakin yang Allah swt yang buat segala-galanya iaitu menguasai akan makhluk-makhlukNya?
yakinkah kita yang duit tidak boleh buat apa-apa?
yakinkah kita kerja kita tidak boleh bagi rezeki?
yakinkah kita ubat tidak boleh menyembuh?
yakinkah kita makanan tidak boleh menyenyangkan, air tidak boleh menghilangkan dahaga?
dan segala-segalaNya berlaku atas kudrat Allah swt?
atau kita masih mengeluh kesah kepada makhluk?
masih yakin pangkat, harta, kerja dan kekayaan yang bagi kemuliaan....?
cuba kita check iman kita, senang aje nak cek.... cuba tuan-tuan lihat orang-orang yang miskin tetapi amat taat beribadat, apa pandangan tuan-tuan?
atau tuan-tuan lihat orang yang tidak bekerja terutamanya pemuda tetapi amat taat pada tuhannya dan begitu pula sebaliknya seorang pemuda yang bekerjaya hebat,kaya, mulia di sisi masyarakat tetapi tidak taat langsung pada rabbnya... apa pandangan tuan-tuan?
atau apa pandangan tuan-tuan terhadap budak-budak yang belajar agama di madrasah-madrasah?
apa jawapan tuan-tuan?  pastu nilailah sendiri.....

sesungguhnya manusia ini sentiasa di dalam kerugian......
janganlah hati kita ini dibutakan oleh dunia yang fana ini..

4 comments:

  1. entri best. dpt la termenung sekejap..

    jap. header picture tu... mngkarung tu lawan meow ke?

    ReplyDelete
  2. as-salam,sy dulu pun mcm nie,x kuar dakwah,x tahu apa2 la...tahu lafaz kalimah saja,tapi takza/tuntutan kalimah tak tau...

    p/s:Jemput ke blog saya,semoga saya dapat kongsi dengan tuan artikel berkaitan doa vs orang zalim di blog saya.

    ReplyDelete
  3. NZ... yup, meow tengah membuli mengkarung

    APS... insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Usaha atas iman utk jadi asbab hidayah ke seluruh alam...

    ReplyDelete