Thursday, April 14, 2011

keadaan kita hari ini.

Salman r.a meriwayatkan sabdaan Baginda saw bahawa apabila perkataan bertambah dan amalan berhenti yakni syarahan-syarahan didapati ada banyak tetapi amalan mengikutnya tidak dilakukan, di kalangan manusia pula ada persatuan dari segi percakapan tetapi hati-hati tidak satu, dan saudara mara memutus hubungan antara satu dengan yang lain, Maka Allah swt menjauhkan kaum itu dari kurniaNya dan pekakkan dan butakan mereka. Sabdaan Baginda saw yang suci ini telah pon di riwayatkan oleh Hasan r.a apabila manusia menzahirkan ilmu tetapi menghapuskan amalannya dan menzahirkan kecintaan dengan lidah tetapi di dalam hati ada kebencian dan juga memutuskan hubungan persaudaraan maka Allah swt menjauhkan mereka dari kurniaanNya dan juga butakan dan pekakkan mereka. Kemudian mereka tidak melihat jalan yang haq dan tidak juga sampai perkataan yang haq pada telinga mereka.

p/s: agama ini berkehendak pada pengorbanan dan mujahadah seperti yang telah di lakukan olehsahabat-sahabat r.a tetapi sedihnya hari ini kita lebih suka bercakap tanpa membuat sebarang usaha.

4 comments:

  1. Salam ziarah,menarik artikel yang di tulis.Saya menjemput saudara untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Semoga Allah membalasi segala kebaikan saudara.Sekian,Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. T_T .. Benar.. Benar apa yg tuan katakan..

    Ternyata, bercakap itu lebih mudah dari melakukan..

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah,menarik artikel yang saudaran tulis,saya menjemput saudara untuk memberi komentar,cadangan untuk penambahbaikan atau pandangan terhadap artikel terbaru saya.Semoga jasa saudara dibalas oleh Allah SWT.Mana tahu kemungkinan kita berbeza pandangan,jesturu itu,di harapkan dapat berkongsi bersama.

    ReplyDelete
  4. JAZAKA ALLAH HU KHAIR for perkongsian....

    ReplyDelete