Monday, January 24, 2011

antara ilmu, amal dan dakwah

Ilmu dan amal yg tidak ada dengan perantaraan dakwah akan menjadi adat dan ilmu yg diperolehi secara adat akan menjadi perantaraan untuk mencari duit…Ilmu ada dua(jenis) iaitu ilmu di lidah dan ilmu di hati…Ilmu maklumat sahaja tidak cukup…Duduk dalam bayan untuk dapat maklumat, maka kita tidak akan dapat apa2…Ilmu adalah sepertimana yg dikatakan oleh Nabi Khidir as kepada Nabi Musa as ” Carilah olehmu ilmu yg dapat kamu amal”…Ilmu ialah apa (perintah) yg Allah kehendaki ke atas saya…Oleh itu, dalam majlis bayan kita perlu dengar dengan penuh tumpuan bagi menambah yakin kepada Allah Taala dan dengan niat untuk amalkan atau islah diri kita serta menyampaikannya kepada org lain…

Dakwah ialah untuk diri kita, dengan ini kita akan istiqamah…Pintu taubat sentiasa terbuka, kita dakwah org lain untuk diri kita…Keistimewaan dakwah adalah ia akan membina yakin ( ilallah) org yg memberi dakwah…Memberi amaran kepada org lain, org itu tidak akan dapat manfaat tetapi org yg memberi dakwah akan mendapat kesan…Org yg istiqamah (dalam usaha) akan maju dalam membuat usaha… Mereka yg membuat usaha agama dengan tidak faham, akan mendatangkan musibah dan mereka yg membuat usaha agama kerana dunia juga akan mendapat musibah…Maulana Ilyas rah.a berkata terdapat dua golongan org yg membuat usaha usaha tabligh(iaitu) :
1)Mereka yg keluar di jalan Allah untuk menyelesaikanmasalah hutang /sakit /kesusahan…Org yg seperti ini tidak akan istiqamah (dalam usaha)…
2)Mereka yg keluar di jalan Allah (kerana menganggap)itu adalah perintah Allah Taala…Org seperti ini akan istiqamah dalam membuat kerja dan akan mendapat tarbiyyah dan maju (dalam usaha)…
Jalan semua anbiya alaihimussholatu wassalam ialah dakwah… Setiap nabi permulaan usahanya ialah dakwah kalimah tayyibah…
Dalam dakwah nabi saw, ada dua golongan( yg menjadi medan) iaitu org yg telah sedia menerima Islam dan golongan yg masih belum menerima Islam… Hari ini salah faham di kalangan ummat, dakwah iman bukan untuk org yg telah beriman… Dakwah iman sebenarnya ialah untuk org2 yg telah beriman…Ini adalah sepertimana difirmankan Allah ” Wahai org2 yg beriman, berimanlah kamu….” .. Manakala untuk org yg masih tidak beriman Allah telah berfirman (mafhumnya)” Berimanlah kamu sebagaimana sahabat beriman “… Nabi saw berkata sahabat adalah seperti bintang2 di langit, barangsiapa yg mengikut salah satu daripada mereka pasti akan berjaya…

Hari ini dakwah iman di kalangan org2 islam telah keluar di kalangan org2 Islam… Dengan dakwah akan wujud iman, dengan iman akan datangnya ihtisab (yakin yg betul dengan janji2 Allah), dengan ihtisab akan menyebabkan seseorang itu dapat beramal… apabila iman lemah, ihtisab akan menjadi lemah dan amal akan menyebabkan tumbuhnya riak…

Para sahabat rahum berkata kami belajar iman dahulu baru belajar al Quran… Para sahabat rahum belajar al Quran untuk memasukkan perintah2 Allah dalam kehidupan mereka… Hari ini ummat membaca al Quran untuk al-faz… (satu ketika) Dalam majlis nabis aw, ada seorang sahabat ra telah mengumpat… Nabi saw bersabda kepadanya ” Kamu tidak beriman dengan al Quran..” … Sahabat ra itu berkata, Sesungguhnya saya beriman dengan al quran ya Nabiyyullah… Nabi saw memberitahunya, org yg beriman dengan al Quran akan menjauhkan driinya daripada larangan al Quran…

Rasulullah saw yg mulia pernah bersabda (mafhumnya), perbaharuilah iman kamu denagn memperbanyakkan dakwah kalimah dan bukan hanya dengan zikir kalimah… Untuk yakin pada diri kita dan untuk dapat ikhlas dalam kalimah iman, kita perlu buat dua kerja iaitu:
1) Bercakap nama dan zat kebesaran Allah
2) Bercakap nizam Allah yg ghaib

Dakwah kita perlu menafikan benda yg tidak nampak dan dakwah ghairullah… Tanpa kita keluarkan yakin kepada ciptaan allah barulah kita akan dapat yakin qudratullah…Maulana Yusuf rah.a berkata, asbab2 dijadikan Allah supaya manusia dapat mengenal Allah Taala… Allah jadikan langit dan bumi, binatang dan seluruh ciptaan Allah untuk manusia ini kenal (kekuasaan) Allah…Di samping itu, Allah Taala telah hantar nabi2 alaihimussholatu wassalam di kalangan ummat untuk memperkenalkan ummat kepada Allah Taala… Seterusnya dalam menguruskan nizamNya, nizam ini akan diubah2 supaya tawajjuh manusia dalam semua keadaan hanya pada Allah…

Tanpa dakwah kehidupan org2 Islam dengan org bukan Islam (menjadi) sama sahaja, malahan kehidupan org2 Islam akan bersatu dengan kehidupan org2 bukan Islam… Org yg mmebuat dakwah akan mendapat nusrah Allah terus menerus… Qudrat Allah akan membantu org2 yg beriman supaya iman yakin mereka tidak rosak… Jika sangkaan org itu kepada Allah lemah, bantuan Allah tidak akan bersama2 dengannya… Abu Darda ra berdoa dengan penuh yakin kepada (janji) Allah dan apabila kebakaran berlaku, rumahnya tidak terbakar.

Untuk mendapat bantuan Allah terus daripada qudratNya, kita perlu bersangka baik kepada Allah kerana Allah bertindak atas sangkaan manusia… Seterusnya dalam beribadah kita perlu ada sifat taat… Ibadah dan taat berjalan seiring dan tidak boleh dipisahkan… Abi bin Hatim ra dahulunya adalah seorang Nasrani dan kemudiannya telah memeluk Islam… Beliau ra telah bertanya kepada Rasulullah saw, mengapa terdapat firman Allah dalam al Quran yg mengatakan mereka telah menjadikan paderi2 mereka sebagai rob mereka… Rasulullah saw bersabda mafhumnya kamu dikatakan beribadah kepada paderi2 kamu kerana apabila mereka mengeluarkan sesuatu hukum( menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal) maka kamu ikut, itulah sebabnya kamu dikatakan menjadikan paderi2 sebagai Tuhan kamu…

Usaha tabligh biasanya mengadakan majlis2 iman iaitu bercakap keesaan Allah (wahdaniyyah)… Dengan banyak bercakap tentang wahdaniyyah, kita akan putus daripada (yakin dan harap kepada) ghairullah… melalui dakwah kita akan dapat ma’rifah daripada qudrat Allah… Ibnu Mas’ud ra ingin memberi tanah kepada seorang sahabah ra, tetapi ia berkata ia tidak memerlukannya… Kata Ibnu Mas’ud ra, kalau begitu ambillah tanah itu untuk bekalan anak2 kamu… Sahabah ra ini telah menjawab, ini juga tidak perlu sebab ia telah mengajar anak2nya ( istiqamah)membaca surah al Waqi’ah…

Mengambil ubat ketika sakit adalah sunnah nabi saw, tetapi sebelum makan ubat hendaklah kita memberi sadaqah, kerana sadaqah itu menjauhkan kita daripada bala musibah… hari ini org2 mengambil insuran untuk melindungi masa depannya… Nabi saw ada bersabda mafhumnya, barangsiapa yg yakin selain daripada Allah, Allah akan menyerahkannya kepada apa yg diyakininya… Asbab yg ada kita gunakan kerana ini adalah perintah Allah tetapi janganlah kita gunakannya dengan yakin (bahawa ia boleh memberi mudharat atau manfaat)… dengan amal akan datang bantuan Allah Taala… Org Islam hari ini berniaga tetapi hutangnya lebih banyak daripada barang2 dalam kedainya…

Qudrat Allah hanya ada pada zat Allah yg Maha Besar… Maulana yusuf rah.a berkata, apabila kita tidak yakin dengan amal, kita akan bertindak dengan perkara yg haram… Oleh itu, dalam asbabnya tidak ada barakah kerana asas asbabnya adalah daripada sumber yg haram… dan doa org yg seperti ini tidak akan diterima Allah… (Berlakunya perkara) haram dalam asbab kerana kita yakin dengan asbab, kita tidak yakin dengan amal… Allah mengadakan asbab untuk menguji iman manusia… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk menunaikan keperluan manusia tanpa asbab kerana Allah Taala Maha Berkuasa atas segala2nya.

Org2 yg beriman akan diuji oleh Allah Taala sebagaimana org2 yg terdahulu kerana Allah hendak mendengar(melihat) siapa yg benar siapa yg dusta… Allah perintahkan manusia gunakan asbab (adalah) untuk ujian (atas iman)… Untuk mendapat (manfaat) daripada qudrat Allah, hanyalah melalui perantaraan amal, bukan asbab… Untuk org2 yg beriman, perintah2 Allah adalah amal untuk mendapat manfaat daripada zat Allah… Kita jangan berpuas hati dengan asbab kerana segala asbab Allah jadikan untuk kepuasan org2 kafir… Kita akan berjaya dalam pertentangan dengan org2 kafir dengan adanya perantaraan amal… Qudrat Allah akan bersama2 amal… Allah telah tenangkan nabis aw, janganlah kamu susah hati dengan apa yg diperolehi oleh org2 kafir… Janganlah bimbang walaupun mereka berkumpul beramai2, dan janganlah kamu takut kerana sebenarnya hati2 mereka itu berpecah…

Dalam membuat amal, kita perlu ada sifat sabar kerana Allah telah memerintahkan kita untuk bersabar, solah dan doa… Keburukan amal tidak boleh diselesaikan dengan ibadah semata2… Apakah itu sabar? Iaitu menunaikan perintah2 Allah bertentangan dengan keadaan dan kehendak nafsu kita… Amal puasa itu sebenarnya melakukan perkara yg bertentangan dengan nafsu… Ganjaran untuk sabar adalah syurga… Allah beri kita keinginan untuk tidur dan dalam tidur Allah letakkan perintah (atau amal) bangun malam (tahajjud)… Nabi Musa as telah tanya Allah Taala, adakah Ia tidak tidur? Allah telah perintahkan Musa as pegang dua biji gelas, ternyata ia tertidur dan gelasnya jatuh pecah… Allah berfirman kepada Musa as, jika Allah Taala tidur nescaya apa yg ada seisi dunia ini akan hancur.

Aishah raha mencari waktu panas yg terik untuk berpuasa dan ia bermimpi dapat minum air daripada telaga kautsar… Setelah itu ia tidak lagi merasa dahaga sampai bila2… Hari ini, org2 Islam dianiaya dan kita perlu sabar iaitu sabar dengan taqwa… Bersabar tanpa taqwa itulah dinamakan pengecut… Org2 musyrikin yg tidak yakin dengan Allah Taala, berkata org2 Islam akan sentiasa memenangi semua peperangan kerana yakin dalam amal soleh iaitu perintah2 Allah yg mana menyukakan Allah…

Doa tidak akan diterima jika tiada taqwa… Aus bin Malik ra telah ditangkap oleh musyrikin Quraish dan telah diikat dengan kulit yg susah hendak lepas… Nabi saw beritahu kepadanya, bacalah ‘lahawlawala quwwata illa billahi ‘ dan (setelah membacanya) tali2 yg mengikatnya telah terputus… Di luar kurungan ada seekor unta, ia telah menunggangnya, dan di hadapannya ada berpuluh2 ekor unta milik musuh… Ia menunjuk tangannya kepada unta2 itu dan unta2 itu mengikutnya sampai ke rumah… Dalam hadith nabi saw(mafhumnya), barangsiapa yg banyak membaca lahawlawala quwwata illa billahi, Allah Taala akan menutup 99 musibah dan yg paling kecil ialah kebimbangan…

Ramai org yg bersolah tetapi imannya tidak betul kerana ia tidak yakin dengan amal solah boleh selesaikan masalah2 sebaliknya ia lebih yakin dengan perkara yg tidak ada janji2 Allah Taala… Mereka berjumpa ahli2 nujum(atau sihir) untuk selesaikan masalah2… Syaitan laknatullah pun mengajar Muaz ra, jika seseorang membaca ayatul Kursi tiga kali, syaitan tidak akan masuk ke rumahnya… Muaz ra telah tanya nabi saw mengenai org yg mengajarkannya fadhilah ayatul kursi itu… Nabi saw bersabda (mafhumnya) itulah syaitan kerana syaitan juga yakin dengan perintah2 Allah tetapi tidak mahu amal perintah2 Allah…

Ada org jumpa saya untuk minta tangkal, saya telah tanya balik adakah kamu tidak solah… Abdullah bin Mas’ud ra telah sakit mata dan ada seorang wanita yahudi memakai tangkal dan sakit matanya hilang.. Kata beliau, jangan masukkan amalan syirik dalam diri saya… Org yg sakit mata, syaitan telah letakkan tangannya pada org itu dan Abdullah Mas’ud telah ajar doa yg ditunjukkan oleh nabi saw…

Kejayaan kita adalah dengan menunaikan perintah2 Allah dalam setiap keadaan (dan masa)… Allah Taala mewujudkan hajat supaya kita menunaikan perintah Allah dalam semua keadaan… Allah perintahkan kita mengamalkan keseluruhan agamanya dengan yakin… Tanpa iman, seseorang itu tidak dapat mengamalkan agama dengan istiqamah… Ummat Islam hari ini mengamalkan agama mengikut suasana… Solah lima waktu berat baginya tetapi ia sanggup untuk tidak tidur sepanjang malam supaya hajatnya tertunai… (Maksud)agama bukan untuk barakah… Org akan keluar ke jalan Allah bila masalahnya selesai… Org seperti ini tidak akan istiqamah keluar di jalan Allah..

Maksud kita mengamalkan agama adalah untuk membina iman yakin yg betul pada zat dan kebesaran serta kekuasaan Allah dalam diri kita… Siapa yg hendakkan dunia, Allah Taala akan beri dunia pada mereka tetapi bagi mereka tidak ada apa2 bahagian pun dalam kehidupan akhirat nanti… Oleh itu kita perlu bergerak untuk hidupkan agama di kalangan ummat… Kita perlu usahakan setiap org Islam datang kepada kerja kenabian nabi… Dakwah adalah untuk islah diri sendiri… Apabila kita dakwah amal ma’ruf, maka Allah Taala akan memberi kekuatan untuk beramal ma’ruf… Ummat ini telah tinggalkan kerja amar ma’ruf nahi munkar kerana menganggap dakwah adalah untuk org lain… Syaitan telah wujudkan was2 dalam hati org2 Islam yg berdosa… Kamu sendiri tidak melakukan amal soleh, mengapa kamu dakwahkan org kepada kebajikan sedangkan kamu sendiri tidak beramal dengannya… (Org ini akan tertanya2) Adakah saya perlu dakwah sedangkan saya tidak beramal… Seseorang itu perlu mendakwahkan amal soleh walaupun ia belum beramal dengan sesuatu perkara...

wallahualam...
takut dan harap hanya pada Allah swt


Monday, January 17, 2011

kebahagiaan dan kekayaan

Ada seorang kaya pergi bersama istrinya berjalan-jalan di kota. Di perjalanan si istri ini melihat sekumpulan orang miskin yang begitu bahagia mendapatkan makanan yang menurutnya tidak layak. Sehingga ini menimbulkan pertanyaan baginya. Lalu dalam perjalanan sang suami memberikan wang Rm 50 kepada orang miskin, dan si miskin tersebut terlihat senang sekali. bakinya Rm 950 diberikan suaminya kepada si istri. Istrinya bertanya dengan nada mengeluh, “Ini kurang Rm 50  lagi, mengapa hanya diberi Rm 950 saja ?” Lalu si suami menjawab, “Inilah bezanya awak dengan orang miskin tadi, dia dapat merasakan bahagia karena dia merasa cukup dan bersyukur atas nikmat yang di terimanya. Sedangkan kamu tidak punya rasa cukup dan tidak bersyukur atas nikmat  yang kamu terima sehingga kamu selalu merasa kekurangan.”

Jadi kebahagiaan itu datang dari sifat Qonaah terhadap dunia dan rasa bersyukur atas nikmat dari Allah. Jika kita bersyukur maka nikmat ini akan Allah tambah. Sedangkan kesusahan hati akan datang dari rasa tidak puas atas nikmat dan kurang bersyukur atas pemberian Allah. Inilah yang terjadi pada sang istri yaitu selalu merasa kurang dan tidak puas. Kaya itu bukannya banyaknya kebendaan yang kita miliki, tetapi kaya itu adalah hati yang kaya yaitu selalu merasa cukup dengan keadaan. Sedangkan miskin itu bukannya kekurangan kebendaan, tetapi hati yang selalu tidak pernah merasa cukup dan hati yang selalu tidak pernah merasa puas. Hati yang tidak pernah cukup dan puas akan menyebabkan dia selalu dalam keadaan yang kekurangan.

Sunday, January 16, 2011

revolusi


Revolusi umat Islam bukanlah demontrasi seperti yang kita selalu lihat itu. itulah adalah perbuatan yang hanya mengikut hawa nafsu semata-mata dan meniru-niru amalan kaum lain. revolusi umat ini adalah bila umat islam datang kepada solat fardu berjemaah di rumah-rumah Allah swt. setiap waktu solat masjid-masjid penuh dipenuhi oleh umat islam yang datang untuk bersolat jemaah, setiap waktu solat fardu bersuasana seperti solat jumaat. inilah sebenar-benarnya revolusi umat islam.
bila keadaan ini berlaku, pasti dan pasti segala permasalahan umat islam akan selesai dengan adanya bantuan Allah swt. untuk menarik bantuan daripada Allah swt perkara inilah yang kita perlu buat. dan yang paling pasti bila kita semua datang untuk merapatkan diri pada Allah pasti orang yang bukan islam pon akan terkesan dengan amalan ini, sehingga senang hati mereka akan datang kepada islam..

kehidupan ini

Inikah antara kenyataan sebenar dalam hidup kita?

*Perkara terakhir anda pelajari tentang Islam dan Quran adalah daripada berita CNN.

* semua topik perbualan anda dan rakan2 adalah berkisar tantang balak/awek, atau filem atau artis.

* anda lebih banyak menghabiskan masa di kelab2 malam daripada di masjid semasa bulan Ramadhan.

* anda tak ingat pun bilakah kali terakhir anda tanya sesiapa jika anda tidak faham sesuatu perkara tentang Islam.

* anda mempunyai masa untuk menonton 3 filem setiap minggu tapi tak mempunyai masa untuk solat pun.

* Quran anda sudah berhabuk atas almari.

* apabila anda bersendirian dalam keadaan sunyi, suara hati anda hanya menyanyikan lagu2 tangkap cintan.

* Anda mula berasa segan untuk memberi salam "Assalamualaikum" (takut nampak skema)

* jarang sekali terpikir bahawa Allah sentiasa memerhatikan anda.

* anda tau yang mana baik yang mana salah, tapi anda boleh buat sesuka hati anda walaupun ada rasa bersalah.

* anda mula putus harapan untuk mengimpikan syurga kerana anda rasakan anda tidak layak selepas merasakan itu saja takat kemampuan anda.

* anda tidak tahu kenapa anda tidak pernah merasakan kebahagiaan yang sebenar dalam hati anda dan anda tertanya2 kenapakah nasib baik anda tidak berpanjangan (lupa tentang hakikat takdir ketentuan)

* hari yang paling menggembirakan dalam hidup anda setakat ini henyalah masa Valentine's day atau semasa anda berdating bersama awek/balak.

* anda tidak teringatkan Nabi Muhammad s.a.w walaupun sekurang2nya sekali sehari.

* apabila anda mendengarkan seorang Muslim mengalami kesusahan, anda merasakan bahawa anda tiada kaitan dengan mereka (orang Islam kan bersaudara?)

* 'kawan rapat' anda adalah daripada jantina yang berlainan walaupun belum mempunyai sebarang ikatan pernikahan.

* anda tidak bersemangat/berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik.

* anda merasakan bahawa anda memang dilahirkan untuk jadi jahat.

* apabila membaca/mendengar ayat2 Quran terjemahan (bahasa yang anda paham), anda tak rasa apa2 (tak terasa pedas/tersentuh).

* anda berasa bangga dan menjadi lebih gedik apabila ada balak/awek men'usha' atau ajak anda keluar

* rakan2 anda tak pernah tegur perbuatan buruk anda dan anda pun tidak pernah menegur perbuatan buruk rakan anda (sebab dah lali)

* anda tidak kisah jika anda masuk neraka

* anda memisahkan kehidupan anda daripada Islam. Islam dan hidup anda adalah 2 entiti yang berbeza..contoh: anda cuma ikut ajaran Islam utk part2 tertentu cam bab makan halal haram..tapi bab bersentuhan dengan lelaki/perempuan anda tak kesah pun halal/haram.

* anda terima bulat2 segala pendapat ahli2 falsafah barat lebih daripada Quran/ulama' sendiri.

* anda sentiasa berasa tidak tenang

* anda mersakan bahawa 'dosa' sudah sebati dengan diri anda..jadi tak perlu susah2 bertaubat.

* anda bercita2 ingin mengelilingi dunia tapi anda tidak pernah langsung terfikir untuk menunaikan haji di Mekah.

* anda tidak pernah menangis kerana Allah.


Semoga bermuhasabah diri... ..

Monday, January 10, 2011

pesanan untuk masturat

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.
Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. – Hak Al-Quran hendaklah khatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie “Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar” jika mampu boleh di sambung “Wa la hawlawalaquwataillabillahi’aliyil’azim”
100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun – doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). – Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama – Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua – Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). – Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.
Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s. w. t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah.


Semoga bermanfa'at untuk kita semua...

Thursday, January 6, 2011

macam macam

mereka sering menyamakan yang membela janggut adalah seperti haiwan ini....
tetapi kenapa  mereka tidak berkata  yang mencukur janggut dan membiarkan misai sahaja tidak seperti haiwan ini?
dan yang mencukur misai serta janggut mereka sehingga licin tidakkkah seperti haiwan ini? 


Mari kita renungkan dan fikir-fikirkanlah, sunnah Nabi saw bukanlah suatu yang boleh di permainkan,
yakinlah hanya dengan cara hidup Nabi Muhammad saw sahaja adanya kejayaan di dunia dan akhirat.....

siapakah kita?

siapakah kita ini sebenarnya?
kita hanya ada dua sahaja pengenalan diri.....
1. hamba Allah swt
2. umat nabi muhammad saw
inilah diri kita yang sebenarnya setelah kita bergelar seorang islam yang beriman,
dan kita perlu tahu tugas kita sebagai hamba Allah swt dan sebagai umat nabi saw......

marilah kita sama-sama berfikir apa itu tugas sebagai hamba Allah swt dan umat nabi saw,
adakah kerja dan kehidupan kita ini bertepatan dan bersesuaian dengan tuntutan yang di tuntut oleh
Allah swt dan nabi saw?
tuan-tuan periksa diri tuan-tuan dan saya periksa diri saya...
ke mana hati kita ini.... dunia atau akhirat?
dan perlu di tegaskan kejayaan umat adalah dalam agama dengan taat perintah Allah mengikut cara
nabi muhammad saw....