Thursday, February 4, 2010

rezeki

Dalam kehidupan dunia yang penuh tipu daya ini, ramai manusia terpesona, gua pon sama.
tak boleh lari dari tarikan keduniaan. entah macamana gua nak lari. tapi ape nak risaukan sangat ALLAH dah menyatakan bahawa ALLAH lah yang melapangkan dan membataskan setiap rezeki setiap makhlukNYA.
Gua yakin tanpa usaha pon ALLAH boleh datangkan rezeki, tp bukan maksud gua tak berusaha. dan gua yakin dengan usaha pon ALLAH boleh membataskan rezeki.... sebenarnya usaha kita takde ape2 pon, ALLAH lah yang telah menetapkan takdir kita..
dan ini bukan bermaksud kita tak perlu atau meninggalkan usaha.
inilah yang terjadi dalam hidop gua. mungkin ALLAH tarbiah gua yang usaha gua tak ade ape2............ hak ALLAH untuk melapangkan atau membataskan rezeki hamba2NYA.
dan siapa yang diberikan lebihan rezeki dituntut untuk infakkan sebahagian rezeki pada jalanNYA mudah2an kita tak termasuk dalam golongan yang kikir.
semoga ALLAH bagi dan kekalkan dalam hidayah pada gua dan seluruh umat.

1 comment:

  1. gunakan asbab tapi jangan yakin dengan asbab.
    kita kerja tapi Allah yang bagi rezeki.
    semoga kita tak termasuk golongan kikir.

    ReplyDelete