Sunday, September 19, 2010

celaru

hari inirata- rata kita tentu sibuk tentang kes serial killer tentang jutawan kosmetik. pelbagai teori konspirasi, gosip dan spekulasi kita dengari saban hari.
tapi aku nak bincang kat sini adalah bukan pasal pembunuhan, tapi pasal wanita keluar rumah tanpa muhrim dengan di temani lelaki bukan muhrim , ini yang aku nampak... walau apa pon alasan pon, termasuklah urusan perniagaan berbilion ringgit tetap matlamat tidak akan menghalalkan cara. Allah swt telah menetapkan hukum,tertib dan adab untuk wanita-wanita islam keluar rumah, teapi kita sering memandang enteng perintah Allah swt. sehingga berlaku kes seperti jutawan itu, kita sibuk menyalahkan orang yg membunuh...... walhal orang yang terbunuh pon ada mempunyai kesalahan tidak kurang besarnya di sisi Allah swt.
sepatutnya kita sebagai umat islam wajib menuruti perintah dan larangan Allah swt. cuba anda bayangkan dan fikirkan, jika wanita-wanita islam menuruti perintah Allah swt untuk keluar rumah, iaitu menutup aurat ( lengkap dengan memakai purdah ) dan dengan muhrimnya... agak-agak terpelihara atau tidak maruah mereka?
sekarang ini kita sudah lupa dengan Allah swt, sebab tu kita di hina.. lihatlah macamana Allah hina wanita-wanita kita... di bunuh, di rogol, mengandung luar nikah, membuang bayi dan macam-macam lagilah...
lelaki-lelaki kita tidak kurang hebatnya seperti itu juga.... inilah satu penghinaan Allah swt kepada umat islam kerana kita telah melupakanNya dan terlalu mementingkan dunia.... tunggu dan lihat, pasti dan pasti akan ada banyak lagi dan macam-macam masalah akan timbul dalam kehidupan umat akan berlaku selagi kita tidak berbalik kehidupan ini kepada ALLAH TAALA. buatlah apa-apa pon program dan perancangan sosial selagi tidak bersesuaian dengan kehendak AL QURAN dan SUNNAH RASULULLAH SAW selagi itu masalah tidak akan selesai, yang akan bertambah adalah masalah dan masalah dan masalah........

2 comments:

  1. Salam..

    Ana sgt setuju dgn tuan, selagi hidup manusia tidak selari dgn kehendak Al-Quran dan sunnah Baginda S.A.W, selagi itulah masalah tidak akan selesai..

    ReplyDelete
  2. Manusia yg tak mengamalkan agama menuju kerugian

    ReplyDelete