Sunday, October 3, 2010

kasih sayang

kisah usang sudah lapok dari zaman berzaman iaitu membenarkan hujah masing-masing, mencari pengaruh dengan cara yang tak sepatutnya. sifat ini sedang berlaku dalam agamawan, ilmuwan dan sebahagian besar umat islam masakini, ini yang membuat gua semakin pening. sifat kasih sayang dan belapang dada sesama muslim kian pudar... lihatlah contoh terdekat di sekitar kita, oleh kerana fahaman agama yang sikit berbeza pon mereka tidak bertegur sapa, belum lagi berlainan fahaman politik yang terang-terang memulakan bibit perpecahan. dan macam-macam permasahan yang di tumbulkan oleh sesama muslim.
pernah satu ketika seorang ustaz menyatakan perasaannya yang tidak suka orang-orang muda membuat dan menceritakan perihal dakwah, dengan alasan mereka belum kahwin dan ada anak, entah apa maksud di hati beliau gua tak tau..... yang gua tau semua itu urusan Allah swt...
entah apa nak jadi dunia sekarang..
satu kisah ada seorang yang jahil agama mendatangi seorang ulama' akhirat untuk bertanya perihal dakwah dan iman.... beliau berkata " tuan, saya ini jahil agama macamana saya nak buat dakwah, bolehkah saya nak buat dakwah?"
ulama' akhirat itu menjawab dengan penuh hikmahnya.... " boleh, tiada masalah..."
si jahil betanya...." macamana tuan? apa yang saya mau dakwahkan?"
ulama' bekata....."kamu dakwahkan kepada mereka apa-apa yang kamu tahu"
si jahil semakin tak paham..... " tak faham lah tuan"
ulama' menerangkan....." kamu dakwahkan kepada orang yang kamu jumpa, kamu cakaplah... tuan saya ini jahil agama, marilah kita pergi ke masjid untuk belajar agama...di masjid ada program-program agama... jangan jadi macam saya, nanti tuan menyesal macam saya"
"kamu cakap ini pon sudah cukup di kira sebagai dakwah" terang ulama' itu lagi....
si jahil bertanya meminta kepastian ... " benar ke tuan? boleh ke Allah swt terima....?"
ulama' : insyaAllah, Allah swt maha pemurah.... Allah swt akan melihat kesungguhan dan niat yang ada pada hambaNya....
si jahil itu balik dengan hati yang tenang dan berbunga untuk mendekatkan dirinya dengan Allah swt, beliau besemangat untuk memajukan dirinya pada agama setelah mendapat jawapan yang benar-benar menyenangi hatinya....
inilah sifat yang perlu ada pada setiap muslim, walau siapa pun mereka dan latarbelakang mereka, jika meraka mahu merapatkan diri dengan Allah kita kena mendampingi dan memberi semangat ke atas mereka.... kerana kita pon tidak tahu di mana kedudukan kita di sisi Allah swt. janganlah kita merendah-rendahkan golongon yang lain. dan jangan berasa kita ini di pihak yang benar sahaja sehingga sifat ujub dan takbur wujud dalam diri....
fikir-fikirkanlah wahai orang-orang islam..... taatilah perintah Allah swt, mengikuti cara nabi saw(sunnah), insyaAllah kejayaan ada bersama kita.

No comments:

Post a Comment